Sabtu, 19 April 2014

Inf0 Cara Kekalkan Kasih Suami


  
Sumber: google images
15 panduan lagi bagaimana isteri boleh memikat hati suami.
  1. Jika marah, tunggu sehingga sejuk. Bila sudah sejuk, beritahulah suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan salahkan suami.
  2. Apabila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya. Jika boleh, hentikan apa sahaja tugas yang sedang dilakukan.
  3. Bila memesan barang kepada suami ke kedai, senaraikan di atas kertas. Jangan biarkan suami ke kedai dua kali.

 
  1. Tanya suami bila dia mahu berehat atau tidur.
  2. Peluk suami dengan kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.
  3. Telefon suami di tempat kerja jika perkara itu penting. Telefon dengan kerap jika suami suka.
  4. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali sekala, tanya bila dia akan pulang.
  5. Jangan ganggu suami jika asyik melakukan sesuatu.
  6. Apabila suami marah, jangan menjawab. Tunduk dan diam walaupun kita tidak salah. Terangkan keadaan sebenar apabila suami sudah tenang.
  7. Apabila meminta bantuan suami, terangkan kepada suami kerja rumah yang memerlukan bantuannya, pilih kerja yang suami suka dan jangan suka mengarah. Gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut.
  8. Pesan kepada suami supaya menelefon ke rumah jika dia bertugas di luar. Jangan pula melenting jika dia terlupa berbuat demikian, beritahu dia yang anda cuma risau.
  9. Sentiasa kemas, anggun dan menggunakan wangian sebelum tidur bersama.
  10. Sokong pendapat suami walaupun kadangkala pendapatnya berbeza dengan orang lain.
  11. Bila keluar berkereta, jangan ganggu suami yang memandu. Jangan menunjuk-nunjuk jalan selagi suami tidak meminta berbuat demikian. Jangan berleter apabila suami tersalah jalan, bersangka baik apabila tersesat jalan.
  12. Peluk dan belai suami sekali sekala tanpa impian seksual.
 myfirdz-trulylove.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...