Perkataan "ambulance" diambil daripada perkataan Latin "ambulare" yang membawa maksud "to walk". Kemudian, terbit "hôpital ambulant", istilah Perancis yang pada dasarnya bermaksud "mobile hospital".
Pada peringkat awal, "ambulance" tidak membawa maksud seperti apa yang
digunakan sekarang. Secara umumnya, ia merujuk kepada suatu struktur
perubatan sementara yang boleh bergerak dengan mudah terutamanya bagi
merujuk kepada hospital perubatan bergerak tentera.
Bagaimana ambulans mendapat namanya? |
"Ambulance", dalam
Bahasa Inggeris dikesan kali pertama muncul sekitar 1798, juga merujuk
kepada suatu struktur perubatan sementara. Kenderaan pengangkutan
perubatan bergerak juga dikenali sebagai ambulans di Perancis sekitar
waktu ini. Seorang warga Perancis, Dominque-Jean Larrey memperkenalkan perkhidmatan "flying ambulance"
yang direka untuk membawa keluar para askar yang tercedera dari medan
perang untuk rawatan semasa perang. Tidak seperti praktik sebelumnya
yang menunggu sehingga pertempuran berakhir.
Ambulance volante atau "flying ambulances" |
Menjelang pertengahan
abad ke-19, "ambulance" dikembangkan penggunaannya untuk merujuk kepada
sebarang kenderaan yang digunakan untuk membawa askar yang tercedera di
medan perang ke hospital tentera. Salah satu contoh terdekat ialah
semasa Perang Krimea (1853-1856). Tidak lama selepas itu, semasa Perang Saudara Amerika, kenderaan pengangkutan perubatan sedemikian dikenali sebagai "ambulance wagon". Sejak itu, gelaran "ambulance" bagi kenderaan perubatan bergerak melekat sehingga sekarang.
"Ambulance" diterjemahkan sebagai "ambulans" dalam Bahasa Malaysia, manakala "ambulance chaser"
bukanlah sejenis kenderaan. Ia gelaran kepada segolongan peguam dan
dipercayai istilah tersebut mula digunakan sekitar 1897. Ia merujuk
kepada peguam yang mendapatkan pelanggan dengan memujuk mangsa
kemalangan untuk membuat saman ganti rugi.
Ambulance chaser (klik gambar untuk pembesaran)kongsakogsi |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan