Berikut kita merungkaikan mengenai tragedi itu menurut perspektif
al-Quran serta kajian saintis berkenaan dengan misteri dan hakikat laut
serta pendapat para ulama Islam.
Informasi terkini dalam ilmu kelautan:
1) Laut terbahagi dua bahagian besar iaitu permukaan yang tercampur
dengan tenaga dan sinar matahari; dan laut dalam di mana tenaga dan
sinar matahari tidak lenyap.
2) Laut permukaan dan laut dalam berbeza dari segi suhu, massa, tekanan
dan tingkatan cahaya matahari serta biota-biota yang hidup di dalamnya.
Kedua-dua laut ini dipisahkan dengan gelombang dalam.
3) Gelombang dalam (internal wave) menutupi laut dalam dan merupakan garis pemisah antara laut dalam dan laut permukaan.
Sebagaimana arus permukaan itu menutupi permukaan laut dan menjadi
pemisah antara air dan udara. Gelombang dalam ini tidak ditemukan
kecuali pada tahun 1904. Panjang gelombang dalam berukuran antara
puluhan hingga ratusan kilometer.
Sedangkan tinggi gelombang dalam berukuran antara 10 hingga 100 meter.
4) Kegelapan di lautan dalam semakin bertambah seiring kedalaman lautan
hingga didominasi kegelapan pekat yang dimulai dari kedalaman + 200
meter.
Pada kedalaman ini dimulai penurunan suhu yang memisahkan antara air
permukaan yang hangat dan air kedalaman yang dingin. Selain itu, pada
kedalaman ini terdapat gelombang dalam yang menutupi air dingin di
kedalaman lautan. Lalu cahaya tidak ada sama sekali pada kedalaman +
1,000 meter.
5) Alat paling sederhana untuk mengukur kedalaman tembusan cahaya di perairan samudera adalah The Secchi Disk.
Kemudian alat pengukuran cahaya mengalami perkembangan dengan
menggunakan sel-sel elektrolight pada tahun 30-an, seterusnya setelah
manusia berjaya mencipta alat yang memungkinkan mereka untuk menyelam
hingga kedalaman, bahkan ke dasar laut.
6 ) Kegelapan pekat yang dimulai dari 50 hingga 1,000 meter terjadi
akibat berlapis-lapisnya kegelapan, dan ini timbul kerana dua sebab
utama.
Pertama, kegelapan kedalaman. Cahaya matahari terdiri dari tujuh warna
(merah, jingga, kuning, hijau, nila dan ultraviolet serta biru).
Masing-masing warna memiliki panjang gelombang tersendiri. Kemampuan
cahaya untuk menembus air tergantung pada panjang gelombangnya. Semakin
pendek gelombang cahaya, maka semakin besar kekuatannya untuk menembus
air.
Kerana itu, cahaya warna merah akan terserap pada kedalaman + 20 meter,
dan setelah itu keberadaannya tersembunyi. Dari sinilah muncul kegelapan
warna merah.
7) Hakikat dan misteri laut ini sejak sekian lama telah digambarkan oleh al-Quran. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud :
“Atau seperti gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan, gelap-gelita yang tindih-bertindih, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, dan barang siapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh ALLAH, tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun.” (An-Nuur : 40).
Al-Quran memastikan keberadaan beberapa kegelapan di lautan yang dalam.
Al-Quran menjelaskan dengan kata ‘lujjiyyin’ (sangat dalam) agar pembaca
tahu bahawa kegelapan-kegelapan tersebut tidak ada kecuali di laut yang
dalam. Ahli bahasa dan mufassirin menjelaskan kata tersebut. Qatadah
dan penulis tafsir Al-Jalalain mengatakan bahawa kata lujjiyyin bererti
‘dalam’.
Az-Zamakhasyari mengatakan ertinya adalah dalam lagi banyak airnya. At-Tabari mengatakan:
“Kata laut disifatkan dengan kata ‘lujjiyyin’ yang bererti dalam dan banyak air. ’’
8) Sementara al-Busyiri mengatakan bahawa maksudnya adalah laut yang
tidak diketahui dasarnya. Kata tersebut terambil daripada kata ‘lujjah’
yang bererti banyak air. Kata ‘iltajja’ al-bahru bererti laut itu saling
berhentaman ombak-ombaknya.
Al-Quran menetapkan peranan ketiga tabir dalam membentuk
kegelapan-kegelapan di laut yang dalam, dan bahawa kegelapan tersebut
bertindih-tindih. Ayat tersebut juga mengandungi penjelasan tentang
tujuh kegelapan di kedalaman pada bahagian awal, dan tiga kegelapan
tabir di bahagian akhir. Wallahu’alam.
tao tau ajer
Tiada ulasan:
Catat Ulasan