Selasa, 29 April 2014

Majlis Perkahwinan Campur Secara Tradisional Di Gambia

Seorang Redditor yang menamakan dirinya Nate baru-baru ini telah melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya di Gambia. Dia telah mengongsikan gambar perkahwinannya yang dilangsungkan secara tradisional di negara itu.

 photo 1-6mqJRbD.jpg  
Menurut Nate, perkahwinannya dilangsungkan mengikut tradisi etnik Fula. Ini ialah gambar Nate (tengah) bersama bapa mertuanya.





Etnik Fula ialah etnik nomad yang tinggal di barat Afrika. Pada waktu ini pasangan pengantin memakai pakaian tradisional menunggu majlis bermula.
 photo 2-u2Yr8jP.jpg  
Terdapat banyak ritual etnik yang dipraktikkan sepanjang majlis ini. Ini ialah fasa di mana orang-orang tua memberi restu kepada pengantin.
 photo 3-yPsLzIP.jpg  
Pengantin memakai pakaian tradisi Fula pada hari pertama majlis perkahwinan yang berlangsung tiga hari tiga malam.
 photo 4-ocoZw7M.jpg  
Hari kedua majlis, pengantin dan saudara mara memakai pakaian tipikal Afrika. Nate dan isteri bergambar dengan tiga generasi ahli keluarga barunya.
 photo 5-w5s6nJd.jpg  
Ahli keluarga isteri Nate mamakai pakaian sedondon.
 photo 6-yhXGp2D.jpg  
Tiba masa untuk pulang. Keluarga mertua Nate sangat mengalu-alukan dia sebagai ahli keluarga mereka.
 photo 7-dKhjhBF.jpg  
Sumber: Reddit menerusi  amazing nara  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...