Rabu, 23 April 2014

Calon Awek VS Calon Isteri

Situasi yang cuba aku gambarkan melalui lukisan kat atas bawah tu bukanlah bermaksud perempuan yang seksi dan seksa ni langsung tak layak dibuat isteri. Tak, bukan camtu. Cuma daripada apa yang aku perhati dan alami, hampir semua orang menginginkan pasangan hidup yang baik atau sekurang-kurangnya lebih baik daripada diri mereka sendiri.

 
 
 
 

Walaupun seorang Mat Rempit yang tiada hala tuju, tetap menginginkan seorang isteri yang boleh membimbing dan mendidik anak2nya kelak.

Seorang lelaki yang sesat dalam hidupnya, jahil tentang agama tetap tersimpan di lubuk hatinya keinginan untuk mencari seorang isteri yang solehah.

Begitu juga kaum perempuan, juga mahu jodohnya di kalangan lelaki- lelaki yang baik.
Tanyalah mana-mana artis sama ada lelaki atau perempuan, mereka akan memberi ciri2 pasangan idaman mereka iaitu beriman, ada kedudukan dan kerjaya yang baik dan boleh membimbing mereka ke jalan lurus.

Biar seorang pelacur sekalipun jika diberi pilihan tetap menginginkan seorang suami yang soleh yang boleh membimbing mereka keluar dari kepompong kejahilan, membawa mereka ke arah kehidupan yang lebih baik.

Impian kita sama. Lebih kurang je. Takde yang mahu mendapat pasangan yang buruk perilakunya, rendah akhlaknya, yang tidak pandai menjaga maruahnya.

Tapi impian yang diidamkan tak selari dengan usaha kita. Kebanyakan hanya mengharap putera atau puteri khayalan mereka datang melamar atau muncul di depan mata. Sedangkan diri sendiri sebenarnya tidak layak untuk mendapat mimpi seindah itu.

Cuba check balik diri kita, layakkah kita mendapat pasangan yang baik-baik jika kita sendiri tidak pernah berusaha memperbaiki kelemahan dan keburukan yang ada pada diri kita?

Dan kaum perempuan kena ingat, kadang- kadang bukan semua lelaki yang datang mengorat dan mengayat korang tu ikhlas nak jadikan korang tu calon isteri mereka. Walaupun ayat bukan main manis dan berbunga, biasanya banyak yang palsu.

Jangan mudah berasa gembira jika ramai lelaki yang rapat dan mengambil berat tentang korang. Cuba nilai balik situasinya. Eh, takyah susah2 nak scan hati lelaki2 tu. Check je balik diri korang tu.. Seorang perempuan yang terjaga akhlaknya, yang tinggi maruahnya dan mempunyai sifat malu pasti tak sewenang-wenangnya membiarkan dirinya dikerumuni lelaki2 ajnabi.

Bukan apa, kesian gak bila tengok senang2 je perempuan ni kena tipu. Ayat manis sket, ada gaya, muka jamban jambu, terus je cair. Padahal tak sedar diri dipermainkan.

Mencari seorang calon awek tak sama prinsipnya dengan mencari calon isteri. Calon awek senang, bersepah dan murah . Tak percaya? Buktinya budak2 sekolah yang entah dah cukup umur ke belum pun senang2 je bercouple. sama juga calon Pakwe. Time suka semua ok, bila dah benci atau tak serasi, bleh putuskan pastu cari lain.

Tapi mencari calon isteri lebih susah, perlu ketelitian, dan penilaian yang lebih mendalam. Bukan boleh main tukar –tukar macam salin baju. Tukar-tukar awek takpela... err.. kasanova betul...

Dan tak semestinya calon awek tulah yang akan menjadi calon isteri. Mungkin ada yang couple dan berkahwin tapi biasanya lepas dah kali ke berapa entah bercouple tu. Sampai dah muak dan boring asyik bertukar pasangan dan clash, barulah terbuka hati nak serius cari pasangan untuk kahwin.

Malas nak sambung. Aku sebenarnya nak letak komik tu je, tapi bila dah start menaip ni takleh berenti plak. Stop.

Pandai-pandaila menginterpretasi maksud tersurat dan tersirat. *padahal aku dah hurai panjang lebar -_-!

Allah s.w.t berfirman: “Lelaki-lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina, atau wanita musyrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang berzina atau musyrik.” (Surah An-Nur : 3)
Dalam ayat lain firman Allah s.w.t: “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.” (Surah An-Nur : 26)
Rasulullah bersabda maksudnya:
“Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinasakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama. Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu.” –(Riwayat Abdullah ibn Humaid)

Sumber asal dari blog Ilusi Dunia oleh Keri Ikhwan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...