Jika anda berkunjung ke Afghanistan pastinya anda tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke sebuah masjid biru yang tersergam indah di Mazar -i-Sharif.
Jom terjah sikit....
Mazār-i Sharīf (Parsi: مزار شریف) adalah bandar ke-4 terbesar di
Afghanistan dengan 300,600 orang penduduk.Menjadi ibu negeri wilayah
Balkh dan dihubungkan melalui jalan raya ke bandar Kabul di tenggara,
Herat di barat dan Uzbekistan di utara. Mazari Sharif bermaksud "Makam
bercahaya," yang merujuk kepada masjid di tengah bandar yang berkubah
biru dan besar. Penduduknya berugama Islam mazhab Shiah dan Sunni.
Mereka percaya makam Saidina Ali Abi Talib , menantu Nabi Muhammad itu
berada di Mazari Sharif . Bahasa yang utama di sini ialah Dari-Persia
dan bangsa Tajik merupakan majoriti penduduk di sini. Bandar rayanya
menjadi tarikan pelancong kerana adanya tapak-tapak arkeologi Islam dan
Yunani. Satu dari tapak arkeologi Yunani ditemui pada Julai 2006.
Sejarah Mazari Sharif dikaitkan dengan mimpi seorang mullah tempatan
pada 1100 m bahasa Saidina Ali Abi Talib iaitu Khalifah Al Rashidin ke-4
akan dikebumikan di wilayah Balkh. Selepas penyelidikan, Sultan Sanjar
dari Dinasti Saljuk telah membuat makam serta-merta secara rahsia di
Balkh. Makam itu berdiri teguh sehinggalah diruntuhkan oleh Genghis
Khan. Makam tersebut dibina semula tetapi terbengkalai pada 1866.
Catatan lain menyatakan Zarathusra telah dikebumikan di Mazari Sharif
sekarang. Makam ini termasuk dalam masjid-masjid di sini. Tiada
sejarawan menyatakan Saidina Ali Abi Talib dikebumikan di sini,
sebaliknya di tanah Arab. Adalah tidak mungkin jenazah Ali Abi Talib
dipindahkan ke Mazari Sharif kerana sangat jauh.
Mazari Sharif diduduki peberapa kaum seperti Tajik ( majoriti), Uzbek,
Turkmen, Hazara, dan Pashtun yang menjadi minoriti. Rancangan penempatan
semula dilakukan oleh Abdur Rahman Khan pada 1800 m .
Semasa penjajahan Soviet Union pada 1989, Mazari Sharif didapati sesuai
untuk menempatkan tentera Soviet Union kerana lokasinya yang strategik.
Mereka menggunakan lapangan terbang di sini untuk melancarkan serangan
udara terhadap pejuang Mujahideen. Awal 1990-an, selepas Soviet Union
dikalahkan dan berundur dari Afghanistan , perlahan-lahan Mazari Sharif
jatuh dan dikuasai oleh kaum Tajik dan Uzbek yang dipimpin oleh Ahmad
Shah Massoud dan Rabbani. ( Jamiat-e Islami) kerana mereka dari kaum
Tajik . Sementara Jumbesh-e Melli , Abdul Rashid Dostum dari kaum Uzbek.
Di barisan depan, tentera komunis Afghanistan diketuai oleh Abdul Rashid
Dostum dan menentang rejim Najibullah pada 1992. - Wikipedia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan