Hidangkan sajian minum petang kepada keluarga anda dengan menyediakan Apam Pandan. Kuih yang bukan sahaja mudah dibuat malahan siapa-siapa juga akan  terliur kepada rasa lembut dan gebu apam ini! Pastikan anda menggunakan daun pandan yang disapukan dengan sedikit minyak sebelum menuangkan adunan.  


 
Bahan-bahannya:
150gm tepung kek kotak
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu makan ovelette
120gm gula pasir
60ml santan
1/2 sudu teh pewarna hijau
3 biji telur } disejukkan
Daun pandan } dibentukkan empat segi
 
Bahan Kelapa:
2 biji kelapa parut } putih
4 sudu makan tepung sagu
Secubit garam
 
Cara membuatnya:
  •  Pukul gula bersama telur hingga rata.
  •  Masukkan tepung kek, serbuk penaik dan juga ovelatte. Kacau rata.
  • Tuangkan santan dan masukkan pewarna hijau. Kacau sebati.
  •  Bentukkan acuan daun pandan dan letakkan bahan kelapa 1/3 paras acuan.
  • Tuangkan adunan kuih ke dalam acuan hingga 3/4 penuh.
  • Kemudian kukus selama 15 minit dan angkat.
 mingguanwanita.