Cahaya matahari terdiri dari tujuh warna pelangi. Setiap cahaya
mempunyai panjang gelombang yang tersendiri. Panjang gelombang yang
berbeza ditafsirkan oleh otak manusia sebagai warna.
Cahaya akan bergerak dalam satu arah yang lurus selagi tiada halangan
dalam bentuk gelombang. Apabila cahaya matahari melalui atmosfera,
cahaya ini akan berlanggar dengan molekul-molekul sehingga ada yang
terpantul atau terbias. Daripada 7 warna cahaya, warna ungu dan biru
mempunyai frekuensi yang paling tinggi dan menyebabkan campuran warna
biru dan ungu paling banyak terbias. Warna biru dan ungu ini pula akan
terpantul dalam banyak arah dan sebab itulah kita nampak langit berwarna
biru.
Begitulah sebaliknya apabila petang sewaktu matahari terbenam. Pada
kedudukan itu, jarak matahari dan kita berada pada kedudukan paling jauh
berbanding sewaktu tengahari. Semakin jauh kedudukan matahari waktu itu
menyebabkan warna merah dan jingga yang berfrekuensi paling rendah
dapat sampai pada penglihatan kita . Campuran warna merah dan jingga
menyebabkan warna jingga kemerahan yang masih berada di atmosfera.
Sebab itulah pada waktu senja kala matahari terbenam, langit berwarna oren atau jingga atau jingga kemerahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan