Pena
ini mencoretkan lagi nukilan hati, berbicara dengan dinding kamar bukan
kerana aku kerisauan. Aku tetap dirantaian celah-celah manusia. Namun
aku tetap merasa sepi. Aku bertanya pada dinding kamar kenapa aku sunyi?
Aku bicara pada rembulan yang bersinar? Aku bertanya pada si mentari?
Kenapa
aku terasa kosong benar jiwa, tiada jawapan, hanya bahasa nyanyian bisu
mengiringi.
Bertanya pada manusia? Gelak tawa mereka adalah tangis
sedih hati yang rapuh. Aku mencari keindahan pada dunia ini. Pada
seorang lelaki, lelaki itu mati. Pada segumpal wang, wang itu habis,
pada sebuah jawatan, jawatan itu hilang.
Aku
merantau lagi, mencari kebahagian yang abadi. Berlabuh dari satu
pelabuhan ke pelabuhan lain. Mencari apa itu yang tenang, mencari apa
yang puas. Tetap jua sama. Pulang ke halaman, bersama tangan penuh debu
dosa. Keindahan yang kekal abadi itu masih tidak kunjung tiba. Ramai
yang berbicara dunia ini sementara, namun tidak ramai yang bersedia.
Sama jua aku. Berkira hidup ini lama lagi, berdosa tidak apa.
Terlupakah
kita, dengan mengingati ALLAH jiwa menjadi tenang? Kitab suci, tersedia
rapi di almari, berhabuk, lusuh sedikit tidak terusik. Menanti sahabat
berlabuh nyawa meninggal dunia baru terbaca. Menanti sakit derita hiba
baru terucap kalimah suci itu. Baru tersedar.Bukan dinding kamar patut
kita bicara, bukan pada mentari patut kita bertanya, bukan pada
rembulan, bukan jua pada sekecil hamba yang hina kita bersoal, juga
bukan pada bintang dan pelangi.
Sujudlah padanya, berbicaralah
dengan ALLAH tuhan segala pencipta .Bermohonlah padanya, mintalah
padanya, itulah kebahagian yang aku, kamu dan mereka cari selama ini
i lu islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan