Ahad, 20 April 2014

Resepi - Kek span yang mudah dan sedap

Assalamualaikum.
 
Dah lama mencari resepi kek span yang sedap macam kat kedai kek, selalu buat tak berapa menjadi kadang-kadang berminyak, tak gebu dan tak lembut. Akhirnya jumpa juga resepi kek span yang diidam-idamkan..nak buat pun senang je.Resepi kek span ni dari Kak Azlita  ..saya sangat teruja melihat hasil kek beliau yang sangat cantik dan kreatif. jom tengok resepi..
  
RESEPI : KEK SPAN COKLAT
SUMBER : AZLITA MASAM MANIS  
RESEPI ASAL: CHEF ALEX GOH
 
 
 
 
Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula kastor
Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula kastor
Bahan C
95 gm tepung
15 gm serbuk koko
~ kedua-dua bahan ini di ayak
Bahan D
70 gm butter ~ dicairkan
1 sudu teh esen vanila 
  


Cara-cara:
*Sediakan loyang bulat 8 inc
*Oleskan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas kek ~ ketepikan
*Panaskan oven pada suhu 170C
*Pukul bahan A hingga ringan dan gebu
*Dalam bekas lain yang bersih dan kering, pukul pula putih telur hingga berbuih.
*Tambahkan gula (100gm) dan terus putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi kental dan bertanduk ( meringue) 
*Masukkan 1/3 bahagian adunan putih telur ( meringue) kedalam adunan kuning telur dan kaup balik dengan spatula hingga rata.
*Masukkan semua baki adunan putih telur dan ratakan secara kaedah kaup balik juga sehingga adunan bergaul sempurna.
*Masukkan tepung dan koko yang telah di ayak dan kaup balik adunan hingga rata
*Tambahkan esen vanila
*Akhir sekali masukkan butter cair dan kaup balik semula hingga semua adunan bergaul sebati
*Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25~ 30 minit atau sehingga adunan dibakar sempurna ( suhu bergantung pada kepanasan oven masin-masing)
*Segera keluarkan kek dari loyang setelah masak dan sejukkan atas redai.
*Kek yang lewat dikeluarkan akan penyek atau turun akibat tarikan graviti.

  
Dah siap bolehlah hiaskan kek mengikut kreativiti masing-masing.

Selamat mencuba
 http://dilaella.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...