“Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa ‘clash’ dengan dia..”
“Kenapa pulak?”
“Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah.”
“Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..”
Beruntung
siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. tentu dia sudah dapat
merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah
dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.
Ya..
begitulah.. memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang
sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri
sering terjebak dengan dosa ketika ber’couple’, iman yang ada dalam diri
pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran
daripada iman itu.
Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih.
Sememangnya
terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan
kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber’couple’.
Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi
episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan,
membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi
yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar
daripada maksiat dan dosa.
Itu barulah ‘saling menyayangi’
namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada
siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul
mahu bersama hingga ke Syurga?
Kadang-kadang
kita merasakan nikmat ber’couple’ itu terlalu indah. Lalu kita suka.
Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point,
ber’couple’ (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu Allah
mengizinkan berlakunya ‘kehilangan’ atau perpisahan. Kerana ‘kehilangan’
atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.
Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman;
“Boleh
jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh
jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah
mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah ayat 216)
“Biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia.”
Marilah
sama-sama kita renungkan… belum tentu pasangan kita itu adalah suami
kita atau isteri kita. Kita ‘bercouple’ bagai nak rak, tiap malam
bergayut dengan suara manja tanpa kita menyedarinya, waktu pagi bertemu
berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya hanya
keindahan yang sementara.
Jika pasangan kita itu ditakdirkan
menjadi suami atau isteri kita, keindahan yang selalu kita nikmati di
fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari
bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi
jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di
fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad
termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun ‘suprise’ yang membahagiakan
kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi perkara biasa kepada
kita.
Kesimpulannya, serahkan lah hati kita kepada Allah.
Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk Allah SWT. Biarkan Allah
temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang lain, yang mana
hati itu juga turut mencintai Allah. Yakinlah, jika kita menghiaskan
hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta yang hadir itu sentiasa mekar
dan tidak akan layu. Malah cinta itu pasti kekal sentiasa kerana
sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal.
Amalan Doa Nabi Daud
Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga doa Nabi Daud A.s ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah SWT sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhlukNya.
“ Ya
Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada
orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri
cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk
bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu,
Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku
kepada cintaMu,
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan
kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan
untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau
singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan
untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah
cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada
keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah,
jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan
hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan
jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah,
jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku
demi keredhaan-Mu.”
(Hadis riwayat At-Tarmizi)
Rasulullah SAW bersabda, “Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s.”
i lu islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan