Pelan Tindakan Menuju Ke Syurga
Pelan Tindakan Menuju Ke Syurga. Sebut sahaja syurga
sudah pasti setiap insan ingin pengakhiran destinasinya adalah di sana
nanti. Syurga yang tergambar adalah suatu tempat ciptaan Allah yang penuh kenikmatan hadiah buat hambanya yang taat dan beruntung serta mendapat keredhaan-Nya.
Tanyalah kepada siapa sahaja, sudah pasti mereka tidak ingin untuk terjerumus ke dalam neraka yang penuh azabnya. namun persoalannya adakah amalan kebaikan yang kita lakukan telah melayakkan diri kita untuk ke syurga Allah. Mari kita hayati pelan tindakan menuju ke syurga.

1. Kenal kekuatan diri dan cari kekuatan amalan yang boleh
dikonsistenkan amalannya walaupun ia terlihat kecil. Contohnya sebarkan
salam, senyum dan rajin berpuasa sunat.
2. Jangan pandang enteng pada dosa kecil. Melakukan dosa akan
meninggalkan titik hitam di hati. Dosa kecil yang sering dilakukan boleh
menjadi dosa besar.
3. Jangan berkira dalam setiap amalan baik. Lakukan sebaik mungkin dan jangan bertangguh.
4. Jangan imbas kembali kebaikan yang pernah dilakukan supaya tidak
merasakan diri telah banyak melakukan kebaikan.Sama-sama kita lakukan
yang terbaik buat diri kita semoga di akhir nanti kita akan mendiami
syurga ciptaan Allah Tuhan Yang Maha Kuasa. Semoga kita berjaya mendapat
rahmat dan redha Allah. Semoga kita terus menjadi hamba-Nya yang taat.
Semoga terus kita menjadi mukmin yang sejati.
Cubalah ikuti Pelan Tindakan Menuju Ke Syurga ini.
http://www.cikguazli.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan