Rabu, 30 April 2014

Kreatif - Idea Bercucuk Tanam Jimatkan Ruang

Tengah mencari idea menaip artikel baru tadi, singgah di fanpage laman impiana   terus tertarik pada idea bercucuk tanam untuk menjimatkan ruang. Rumah tiada kawasan lapang atau pasu mahal bukan lagi halangan untuk mereka yang berminat untuk bercucuk tanam.

Cuba tengok dua gambar kat bawah tu. Mudah je kan. Tak perlu ada tanah lapang. Orang yang tinggal kat kondominium atau rumah flat pun boleh bercucuk tanam. Hanya perlukan botol kosong, tanah dan tanaman pilihan.

Dari terbuang je botol-botol plastik tu, eloklah diguna semula untuk sesuatu yang berfaedah kan. Botol tu dipotong ikut kesesuaian, untuk mengisi tanah ke dalamnya dan untuk meletakan tanaman.





Tanam Sayur Dalam Botol 

Tanah boleh dibeli di nurseri, harganya dalam seringgit lebih je satu beg plastik. Lepas dah beli tanah tu, isikan ke dalam botol. Lepas tu tanam la tanaman pilihan korang. Tanaman yang sesuai adalah tanaman yang bersaiz kecil. Contoh yang terbaik macam daun bawang atau daun ketumbar…jangan ada yang gatal tangan tanam pokok durian dah la yer..hehe.

idea kitar semula
Ok dah siap. Rajin-rajin la siram tanaman korang tu dan pastikan ianya mendapat sedikit cahaya matahari. Barulah tanaman tu dapat membesar dengan sihat.

Masa puteri budak-budak dulu, suka tanam tanaman dalam tin kosong. Tebuk lubang guna paku kat bawah tin..lepas tu isi tanah dan boleh tanam. Selalunya tanam pokok bunga.

Korang pernah bercucuk tanam guna bahan kitar semula? Kongsikan kat ruangan komen.
 http://www.puterikasih.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...