10 Cara Mudah Untuk Menikmati Hidup - 'How to Enjoy Life'
Ramai orang yang hidup tetapi tidak menikmatinya kerana gagal menyedari
nikmat dan rezeki kehidupan. Syukur ialah permulaan kepada sebuah
kebahagiaan. Berikut ialah 10 cara mudah untuk menikmati hidup :
1. Bangun pagi dengan rasa syukur kepada Allah kerana masih berpeluang hidup.
2. Menghargai nikmat air ketika mandi (Fakta : 780 juta manusia di
dunia ini tidak dapat menikmati kemudahan air bersih dan 660 juta tidak
dapat mandi setiap hari - Sumber UNICEF)
3. Menikmati makanan
bukan sekadar memakannya. Ramai orang makan tanpa 'mempedulikan' isi
makanannya. Makanlah dengan perlahan, nikmati rasa garamnya, manisnya
dan bersyukur kepada Allah SWT. Kata Anas bin Malik RA, 'كَانَ
يُعْجِبُهُ الثُّفْلُ' Bahawa rasulullah SAW amat suka makan saki-baki
sisa-sia makanan. [riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Hakim]
4.
Memakai pakaian-pakaian yang baik dan cantik. Seorang lelaki bertanya
Nabi SAW, apa hukumnya seorang lelaki yang suka memakai pakaian dan
kasut yang cantik ? Maka baginda menjawab, "Allah itu cantik dan
menyukai kecantikan". [riwayat Muslim]
5. Menghirup udara
segar sambil menikmati kewangian bunga, kehijauan pokok, dan kesejukan
angin. Firman Allah SWT : 'Apakah kamu tiada melihat, bahawasanya Allah
menurunkan air dari langit, lalu jadilah bumi itu hijau? ' [Al-Hajj:63]
6. Keluar bekerja mencari rezeki dengan berniaga, mengambil upah atau
menguasakan tanah, menternak binatang atau memburu dll. Firman Allah SWT
'dan Kami jadikan siang untuk mencari penghidupan.' [An-Naba:11] Nabi
SAW menyebutkan bahawa para rasul pun bekerja dan pernah menjadi
pengembala kambing. Ada hadith lain menyebut, Nabi Zakaria ialah seorang
tukang kayu. [riwayat Muslim]
7. Berkongsi nikmat rezeki dan
hasil usaha dengan orang lain. Para sahabat RA pernah mengadu kepada
Rasulullah SAW bahawa mereka makan tetapi tak pernah kenyang maka
baginda pun berkata mungkin kamu makan sendiri-sendiri? Lalu mereka pun
membenarkan. Maka Nabi SAW bersabda : Makanlah berjamaah dan sebutlah
nama Allah maka nescaya makanan itu akan menjadi berkat. [riwayat Abu
Daud]
8. Bernikah dengan pasangan yang soleh/solehah jika
bujang dan menjalinkan hubungan mesra dengan ahli keluarga serta
anak-anak. Dalam hadith menyebut kelebihan menjalinkan silaturrahim
seperti keberkatan rezeki dan dipanjangkan umur.
9. Mencari
ilmu dan meluaskan pengetahuan dengan membaca dan menghadiri
majlis-majlis pengajian. Ilmu mencerahkan akal dan melapangkan jiwa yang
sempit dan membuka pintu kegelapan serta menerangi kehidupan. Kata Sahl
bin Abdullah, Tulislah ilmu kerana jika engkau mampu bertemu dgn Allah
sambil membawa buku dan pena maka lakukanlah.
10. Bersahabat
dengan orang-orang yang soleh. Persahabatan merungkaikan gelisah dan
menghilangkan kebosanan. Nabi SAW berpesan, Janganlah bersahabat kecuali
dengan orang yang beriman dan jangan pula memakan hidanganmu melainkan
orang yang bertakwa.” [Riwayat Abu Daud dan At Tirmizi]
Akhirnya pesan Syeikh Abd Rahman al-Sa'di, Seorang muslim itu patut
bersegera melakukan kebaikan serta ibadah dan mengabaikan kesusahan
serta menikmati keperitan hidup kerana apa yang terdapat disisi Allah
itu lebih bernilai dan disediakan oleh Allah untuk mereka yang masuk ke
syurgaNya. [Al-Qawl al-Sadeed ala Maqaasid Kitab Al-Tauhid]
http://senysanasiny.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan