Bagaimana penyakit ini terhasil?
Ianya disebabkan gangguan dalam Hormon Insulin, Hormon inilah yang mengawal metabolisme glukosa dalam darah. Apabila kurangnya Hormon Insulin ini maka sukar untuk badan mengeluarkan kandungan gula yang tinggi dalam darah dikenali sebagai "hiperglisemia".
Tanda-tanda awal penyakit Kencing Manis.
Kerap membuang air kencing, mudah letih, terlalu dahaga dan kelaparan dan berat badan menyusut secara tiba-tiba.
Berikut adalah tips gaya hidup sihat bagi membantu korang mengurangkan risiko tinggi menghidapi Kencing Manis.
Bersenam
Senaman boleh membantu korang meningkatkan sensitiviti Hormon Insulin, menurunkan kandungan gula dalam badan serta menurunkan berat badan berlebihan. Jika susah hendak bersenam korang juga boleh berjalan dengan laju atau berbasikal sekurang-kurangnya 20minit setiap hari.
Kurangkan berat badan
Obesiti adalah faktor utama penyakit Diabetes. Lebih banyak lemak badan, lebih sukar untuk proses penghasilan dan pengunaan Insulin dalam badan dengan baik. Ia membawa terlalu banyak Glukosa dalam darah.
Banyakkan makan bijirin dan serat
Serat dan Bijirin banyak membantu tahap keseimbangan gula dalam darah dan mengurangkan risiko menghidapinya. Makanan serat yang tinggi termasuk sayuran, buah-buahan, kacang dan bijian.
Jangan Merokok
perokok tegar yang menghisap lebih daripada 20 batang sehari mempunyai hampir 2 kali ganda risiko peluang menghidapi penyakit kencing manis, berbanding yang bukan perokok.
Mengurangkan Alkohol
Pengambilan alkohol haruslah dikurangkan, jika terlalu banyak diminum atau kerap meminum alkohol akan menyebabkan keradangan kronik pankreas. Ia menganggu proses penghasilan Hormon Insulin hasilnya membawa kepada penyakit kencing manis mereka.
blogaul.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan