Sabtu, 2 Februari 2013

Fakta Menarik

Di bawah ini terdapat sedikit fakta-fakta yang agak menarik dan sedikit lucu untuk dibaca oleh semua pembaca! Dan fakta-fakta ini bukanlah rekaan semata-mata tetapi adalah benar daripada hasil-hasil dan sumber-sumber lain.
 
 


1) Bau buah limau gedang boleh membuatkan wanita-wanita di pertengahan usia akan kelihatan muda 6 tahun daripada usia sebenar di persepsi pihak lelaki. Namun tiada apa-apa kesen bau buah tersebut boleh terjadi kepada lelaki.

2) Semakin sejuk kita tidur dalam sesebuah bilik maka kemungkinan untuk kita mendapat mimpi yang buruk adalah semakin tinggi.

3) Kawasan badan yang paling sering digigit oleh serangga ialah di bahagian kaki.

4) Orang-orang yang mempunyai jumlah tahi lalat yang lebih banyak di tubuh mereka dikatakan mempunyai jangkahayat yang lebih panjang berbanding orang-orang yang mempunyai kurang jumlah tahi lalat.

5) Secara puratanya, setiap pengguna komputer akan mengejipkan matanya sebanyak 7 kali bagi setiap minit atau kurang separuh daripada keadaan normal mata yang mengejip iaitu 20 kali bagi setiap minit. 
 http://shakroil.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...