Relaks Minda dan lihatlah keindahan alam ciptaan Ilahi.
Terpesona pandangan dan mententeramkan jiwa. Keindahan yang sungguh
mengasyikkan...membuat diri terpukau hingga tertawan hati dan perasaan.
Keindahan yang mengingatkan kita akan kebesaran dan kekuasaan Maha
Pencipta yang menjadikan alam ini untuk kita diami dan nikmati.
Lihatlah Alam ciptaan Ilahi ini menginagtkan kita tanda kebesaran dan kekuasaan Allah SWT yang mempunyai 99 sifat dan nama.
Betapa kerdil dan lemahnya kita di sisinya. Hayati kesemua
sifat-sifatNya dan lihatlah alam yang terbentang luas ini... Pasti anda
kan berasa begitu takut dan tunduk sujud kepadaNya.
Nikmati keindahan air terjun yang sungguh menenangkan. Irama percikan
air yang mengalir jatuh sungguh mengasyikkan dan mendamaikan. Kesejukan
air dan udara yang nyaman pasti menyegarkan.
Lihatlah betapa kompleksnya ciptaan Allah SWT ini... Tidak termampu
kita untuk menandinginya. Ya Allah, kau sungguh berkuasa...dan dengan
kuasaMu jugalah segala permintaan mampu kau makbulkan.
Ya Allah... Kau lah yang Maha berkuasa. Kepadamu sahaja tempat ku bermohon dan mengadu. Kau juga Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...Kau makbulkanlah segala permintaan ku.
Keindahan alam memberikan kita suasana untuk berehat
dari segala kesibukan. Tempat dimana kita mendapat ketenangan jiwa dan
minda. Hanya bertemankan alam yang indah...kita akan kembali segar dan
bertenaga. Minda kembali cerdas...Hati menjadi tenang.
Ketenangan hati penting untuk kita menetapkan pendirian, mengawal diri
dan bertindak positif. Syaitan akan mudah menggoda dan menghasut jika
hati tidak tenang. Hati yang tenang dan bersih akan dapat menyerlahkan keperibadian yang mulia. Sentiasa ingat akan Allah...Berzikirlah...
Lihat keindahan laut dan pantai. Laut yang luas membiru... Angin yang
bertiup sayu mengarahkan ombak ke pantai yang memutih. Betapa tenangnya
menyaksikan keindahan ini... Warna alam yang memukau pandangan.
Keindahan yang mengasyikan. Deruan ombak yang mempersonakan. Keunikan
hidupan di dalam air yang masin sungguh menakjubkan. Begitu indah dan
sempurna sekali ciptaan mu Ilahi... Keindahan yang mengingsafi diri akan
kekurangan diri...
Tiada yang sempurna sesempurna Mu Ya Allah SWT. Kekurangan diri yang
sering membawa kepada kemungkaran dan keingkaran akan perintahmu.
Sesungguhnya ku bermohon keampunan dan petunjuk dariMu. Berilah aku kekuatan... Ku Beristigfar kepada Mu...ya Allah SWT, tuhanku yang satu.
Pepohon yang menghijau menyejukkan dan menyegarkan pandangan. Memberi suasana yang amat tenteram dan mendamaikan.
Keindahan ciptaan Allah SWT yang sungguh mengagumkan yang bukan sahaja
cantik malah sebagai sumber untuk bernafas, makanan dan kegunaan
kehidupan. Ia juga ciptaan Allah SWT yang hidup namun tidak bernyawa. Ia
juga tunduk kepada penciptaNya.
Begitulah kita sebagai khalifah di bumi ini... Kita wajib tunduk dan
bersujud kepada Tuhan yang Esa. Mengikuti segala perintahnya dan
menjauhi segala larangannya. Lafazkan kalimah-kalimah agung Allah
sebagai tanda syukur, kasih, takut dan ingatan kepadaNya.
Sungguh indah alam ciptaan Allah ini. Pelbagai bentuk dan rupa. Pelbagai warna dan gaya.
Keindahan yang sungguh menakjubkan dan mengagumkan. Namun semua ini
hanyalah keindahan didunia yang sementara yang akan hancur musnah jua
akhirnya. Ada yang lebih indah dan kekal abadi. Tidak tergambar
keindahannya...itulah Syurga.
Kehidupan kita di dunia ini sungguh singkat... Terlalu banyak masa hanya sibuk dengan kehidupan duniawi. Luangkan juga sedikit masa untuk beribadat. Janganlah sampai terlupa akan bekalan yang harus kita bawa untuk kita nikmati pula Keindahan di Syurga...
Admin...
http://relakssminda.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan