Ahad, 3 Februari 2013

Kemaskini Borang Matrikulasi Isnin 4 Feb 2013


Kemaskini Borang Matrikulasi Isnin 4 Feb 2013

Kemaskini Borang Matrikulasi Isnin 4 Feb 2013 | Bermula Isnin depan iaitu pada 4 Febuari 2013 sehingga 18 Febuari 2013,  Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia dilaporkan akan membuka talian untuk mengemas kini borang permohonan ke matrikulasi bagi sesi 2013/2014.


Para pelajar dan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah membuat permohonan melalui internet boleh berbuat demikian menerusi pautan di http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/kemaskini atau pun melalui laman web kementerian di pautan www.moe.gov.my.
 
 
 



Kemaskini Borang Matrikulasi Isnin 4 Feb 2013



Para pemohon perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran SPM untuk tujuan kemas kini manakala bagi mereka yang menggunakan laman web kementerian, perlu menggunakan ruangan e-PERKHIDMATAN berkala.

Keputusan program matrikulasi akan dikeluarkan lima minggu selepas keputusan SPM diumumkan secara rasmi di laman web kementerian.

Pelajar yang ditawarkan ke program matrikulasi juga perlu mencetak sendiri surat tawaran yang akan dikeluarkan secara online, namun tidak perlu menghantar salinan keputusan SPM kerana ia akan diambil terus dari Lembaga Peperiksaan.

Pelajar boleh menghubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi di 03-88844083/4036/4040 dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari bekerja, jika mempunyai sebarang pertanyaan.



Kemaskini Borang Matrikulasi Isnin 4 Feb 2013
yastro~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...