Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya. Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam. Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu.
Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh
cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli
keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja
hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di
situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat.
Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada
rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang
berat.
Setelah
hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin
membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa
lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat
berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan
bertentangan dengan cendekiawan kristian.
Bermulalah soalan, cendekiawan
menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan
dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul! Cendekiawan menunjukkan
dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga
betul. Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing
menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga
gembala kambing ini.
Cendekiawan yang tidak berpuas hati,
membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing
menunjukkan penumbuk tangannya. Betul lagi. Lalu cendekiawan tersenyum
puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit.
Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke
bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan. Cendekiawan kemudiannya
menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur
ayam ditangan. Betul…
Maka tamatlah sesi perdebatan. Raja amat
berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu
mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan
jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan
pun mula bercerita…
“Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan,
sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya
soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma
yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha illallah…) Jawapan yang
diberikan gembala kambing, dua jari.Jawapannya betul kerana
sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah)”
“Hamba tunjukkan dua jari, bermakna
adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima.
Betullah… Bila hamba tunjukkan lima jari,maksudnya adakah islam setakat
itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam”
“Bulatan pula bermakna siapa yang
jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah
yang Maha Berkuasa. Bila hamba mengeluarkan pedang dan menunjuk ke
langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke
bumi. Betullah… kerana Allah yang jadikan langit dan bumi.”
“Ayam tu sebenarnya soalan bonus… apakah
asal usul kejadian ayam itu Jawapannya telur… betullah…Sesungguhnya
hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta
menyebarkannya”
Raja tersenyum gembira mendengar soalan
dan jawapan tersebut.Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk
mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan
bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu
dah bocor? Gembala kambing pun bercerita…
“Hamba sungguh tak puas hati betul
dengan orang Kristian yang sombong itu.Dia tunjuk satu jari, maknanya
dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh
bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la
maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh.Kemudian dia tunjuk lima,
maknanya takkan lima jea…? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia.”
“Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya
dia nak semua kambing hamba.Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia
keluarkan pedang, wah wah… dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun
tunjuk pisau kontot hamba.Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian
dia tunjuk ayam pulak!Amboi… mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan
ayam… Hamba pun mampu… walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap
bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya
dia takkan sombong dan bongkak lagi…”
Tergelak besar Raja mendengar penjelasan
gembala kambing tersebut. Sungguh besar keagungan Tuhan… walau dengan
cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela.
Sumber : Layar Minda
Tiada ulasan:
Catat Ulasan