Kita mungkin selalu dengar, orang-orang tua terutamanya,
mengklasifikasikan makanan kepada makanan 'panas' dan 'sejuk'. Apakah
yang dimaksudkan mereka?
Syeikh Hakim Moinuddin Chishti dalam Kitab Perubatan Ilmu Kesufian (al-Tibb al-Rauhi as-Sufi) memberikan huraian yang agak panjang lebar dalam hal ni.
"Apabila kita kata makanan itu panas, bukanlah bermaksud
makanan itu benar-benar panas (misalnya seperti api) dan tidak juga
berkaitan nilai kalorinya.
Kita maksudkan dengan makanan panas itu ialah makanan
yang menimbulkan kesan dalam badan kita yang menggalakkan metabolisma
(iaitu proses dimana makanan dibina menjadi jirim hidup atau jirim hidup
dihuraikan menjadi bahan-bahan mudah).
Makanan yang sejuk intipatinya memberi kesan merendahkan metabolisma"-ms 52
___________________________________________________________________
NILAI-NILAI METABOLIK MAKANAN
Jenis-jenis makanan yang panas:
Daging dan ikan: anak biri-biri, ayam, hati, telur, kambing jantan dan ikan
Bahan-bahan tenusu: susu biri-biri, keju, krim, minyak sapi
Sayur-sayuran dan kacang: 'beet' (sejenis tumbuhan
yang manis akarnya), lobak, bawang, biji sawi (hijau), tumbuhan
kekacang (merah) dan (putih), kacang buah pinggang (kidney beans), lada
merah, lada hijau, biji lobak merah, labu.
Buah-buahan: biji 'peach', buah plum, oren, limau,
buah 'mulberry', kismis merah, kismis hijau, zaitun, anggur masak,
labu, semua buah-buahan kering.
Biji-bijian: badam, 'pistachio', biji keras buah apricot, 'walnut', biji buah 'pine'
Padi-padian: beras (biji nipis), beras bismati
Minyak: minyak bijan, minyak jagung, minyak jarak, minyak biji sawi
Minuman: teh, kopi.
Herba: kulit kayu manis, buah pegaga, bunga cengkih, halia, biji saderi, kunyit, garam masala (campuran)
Lain-lain: manisan, gula-gula (rock candy), semua bahan makanan yang manis, garam, semua ubat moden
Jenis-jenis makanan yang sejuk:
Daging: arnab, kambing betina, lembu
Bahan-bahan tenusu: susu lembu, susu ibu, susu kambing, mentega, keju kering, marjerin.
Sayur-sayuran dan kacang: salad, daun saderi, pucuk (umumnya), bayam, kubis, kacang soya, tomato, lobak, kacang
Buah-buahan: tembikai, pear, kelapa, pisang, delima.
Biji-bijian: tiada.
Padi-padian: beras warna coklat, beras (biji tebal)
Minyak: kelapa, biji bunga matahari
Minuman: teh hijau
Herba: ketumbar (kering), jintan, inai.
Lain-lain: gula yang dibersihkan, cuka, benda-benda pahit dan masam
___________________________________________________________________
-'Kitab Ilmu Perubatan Kesufian'-ms 55
Komen Dr. H:
Gunakan 'common sense' anda. Jika anda berbadan gemuk atau mempunyai
kencing manis dan ingin supaya makanan yang anda makan lebih cepat
'dibakar' menjadi tenaga, pilihlah makanan-makanan 'panas' dari jadual
di atas dan begitulah sebaliknya jika anda berbadan kurus-pilihlah
makanan yang lebih 'sejuk'.
Jika anda ada masalah perubatan yang melibatkan metabolisma tinggi
seperti kanser atau 'hyperthyroidism', pilihlah makanan yang 'sejuk'.
http://aidawahablovefun.blogspot.com
MindaRakyat Tidak dikemaskini, sila ke 1 Media - https://www.1media.my/
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan