Sabtu, 16 Mac 2013

10 makanan tinggi Kalsium

Kalsium baik untuk badan. Untuk dapatkan tulang dan gigi yang kuat, kita perlukan kalsium. Untuk elakkan kekejangan otot, kita juga perlukan kalsium. Berikut adalah 10 makanan tinggi Kalsium yang anda boleh ambil.


No 1: Herba Kering

Biasanya kita tak menggunakan herba pada kuantiti yang banyak, tetapi memasukkan sedikit ke dalam makanan boleh meningkatkan kandungan kalsium dalam badan.
 
 
 
No 2: Keju 
Kandungan kalsium dalam keju bergantung kepada jenis keju itu.Parmesan mengandungi kalsium tertinggi berbanding keju jenis lain.
No 3: Bijan
Bijan mengandungi lebih kalsium apabila ia kering atau digoreng.
No 4: Tauhu
Tauhu goreng menyumbang 37% dari keperluan kalsium harian untuk setiap 100g hidangannya. Keperluan kalsium harian adalah 1000mg.
No 5:  Badam
Badam mengandungi kalsium yang banyak apabila ia dipanggang atau dicampur mentega. Secawan badam boleh menyumbang 37% kalsium.
No 6: Flax Seed
A bunch of flax seeds (Linum usitatissimum), isolated on white background Stock Photo - 11492063
Selain terkenal mengandungi omega 3, ia juga mempunyai kandungan kalsium. Ia memberikan 255mg kalsium untuk setiap hidangan 100g.
No 7: Yogurt, Susu dan Makanan berasaskan susu.
Susu rendah lemak biasa mempunyai lebih kalsium berbanding susu biasa. Yogurt rendah lemak paling banyak menyumbang kalsium iaitu 42% dalam secawan untuk 1000mg keperluan kalsium harian.
No 8: Sayuran Hijau

Siapa sangka sayur hijau pun ada kalsium. Ya! Kailan dan sawi juga mempunyai kalsium setanding susu dan sumber kalsium lain.
No. 9 : Kacang Brazil
Brazil Nuts
Kacang ini biasa ditemui di Kawasan Amerika selatan, dan mempunyai kalsium seperti juga badam.
No 10: Herring, Ikan Terubuk
Ikan ini adalah sejenis makanan yang tinggi Vitamin D. Vitamin D perlu untuk penyerapan kalsium yang berkesan

sumber: http://www.healthaliciousness.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...