Rahsia
Cicak Melekat Di Dinding Terbongkar | Para saintis baru-baru ini telah
berjaya menemui bahawa cicak sebenarnya melekat pada dinding bukan
disebabkan oleh bahan kimia yang dihasilkannya tetapi disebabkan oleh
faktor geometri.
Penemuan
itu mendapati kaki cicak telah memainkan peranan yang besar dalam
memastikan ia mampu melekat di dinding atau siling bangunan tanpa
menggunakan sebarang bahan kimia.
Penyelidik
mendapati yang helaian bulu-bulu kecil yang terdapat di bawah tapak
kaki cicak cukup sesuai untuk menghasilkan kuasa tarikan antara
molekul-molekul yang dikenali sebagai kuasa 'van der Waals'.
Cicak
mempunyai berjuta-juta mikroskopik helaian bulu di tapak kakinya yang
lebih halus dari rambut manusia dan setiap daripadanya pula dipecahkan
pula kepada 1,000 bahagian kecil lagi sehingga hanya boleh dilihat
melalui mikroskop elektron.
Bentuk
helaian-helaian rambut nipis ini juga amat penting dalam menentukan
bagaimana seekor cicak mampu memanjat dinding atau bergayut di siling
rumah dengan melekatkan tumitnya pada mana-mana permukaan yang licin
dalam masa satu daripada lapan ribu saat dan kemudian menariknya
kembali.
Kedudukan
sudut setiap bulu pada tapak kaki cicak itu memainkan peranan penting
dalam menentukan kedudukannya dan menggunakan tumitnya untuk melekat
pada dinding dan apabila kedudukan itu bertukar kepada 30 darjah, ia
dengan sendiri tidak akan lagi mencengkam.
Penemuan
oleh beberapa penyelidik di universiti di Amerika Syarikat ini dijangka
akan membantu manusia untuk mencipta lebih banyak produk seperti robot
yang mampu bergerak di dinding atau dalam darjah yang mencondong di masa
depan.
http://pencurimisteri.blogspot.com
Baca ni sebab saja saja search❌
BalasPadamBaca ni sebab merenung cicak di dinding ✅