Jika suatu ketika, amalan sistem barter digunakan untuk
mendapatkan barangan atau perkhidmatan tetapi setelah diperkenalkan mata wang,
ia menjadi lebih mudah.
Bagaimanapun
masyarakat didedahkan dengan pelbagai kepercayaan dan mitos mengenai
wang. Disinilah terletaknya kebijaksanaan individu untuk menguruskan kewangan
dengan bijak. Antara mitos mnegenai wang ialah:
Mitos 1 :
Kehidupan akan tenang jika memiliki wang yang banyak
Antara mitos yang menarik ialah kepercayaan masyarakat bahawa
mereka yang mempunyai wang yang banyak merupakan seorang yang bijak,
berdisiplin, berkeyakinan dan memiliki kehidupan yang tenang.
Hakikatnya, manusia tidak pernah mensyukuri nikmat dan tidak
pernah merasa cukup. Mereka dengan gaya hidup yang mewah sebenarnya memerlukan
kos yang lebih tinggi dalam melangsungkan kehidupan. Ia juga tiada kaitan
dengan aspek kebijaksaan.
Mitos 2:
Tidak menguasai urusan kewangan
Ilmu pengetahuan amat diperlukan untuk mahir dalam urusan
kewangan. Untuk menguasai kemahiran pengurusan kewangan tidak sukar sebenarnya.
Banyakkan membaca dan menimba ilmu.
Langkah pertama yang boleh dilakukan ialah mempelajari
asas-asas mengenai kewangan dan mengetahui langkah praktikal yang perlu diambil
untuk menyelesaikan masalah kewangan anda. Jangan gopoh dan terlalu tertekan
sewaktu menguruskan masalah kewangan anda.
Mitos 3 :
Serahkan perancangan kewangan dan pelaburan kepada pakar
Penasihat kewangan berperanan untuk membantu mengenal pasti
masalah dan matlamat supaya mereka dapat membantu anda merangka pelan bagi
mencapai matlamat tersebut. Mereka membantu dalam meningkatkan pemahaman risiko
yang berkaitan dan menyediakan khidmat nasihat.
Anda juga perlu sentiasa bertanggungjawab terhadap kewangan
anda. Pandangan mereka mungkin berbeza dengan pandangan anda.
Mitos 4 : Komitmen
mampu menyelesaikan masalah kewangan
Secara realitiknya, dalam kehidupan masa kini, wang amat
diperlukan. Segala keperluan memerlukan wang untuk mendapatkannya. Biarpun ada
berpendapat wang bukan segala-galanya tetapi di dunia ini memerlukan wang.
Sebaiknya, perbaiki ekonomi peribadi sebagai langkah perancangan masa hadapan
yang lebih baik.
Mitos 5 :
Barang berkualiti lebih mahal
Jadilah pengguna yang bijak. Tidak semestinya barangan dengan
harga yang rendah tidak berkualiti. Hakikatnya, produk yang mahal dipengaruhi
dengan imej kualiti yang digambarkan melalui penjenamaan, pembungkusan dan
pengiklanan.
Mitos 6 : Kad
kredit dank ad debit kemudahan ketika berbelanja
Kad kredit dank ad debit merupakan satu kemudahan untuk
berurus niaga tanpa perlu membawa wang tunai. Namun, ia mungkin boleh
membahayakan keselamatan pemilik. Kad kredit tidak sewajarnya digunakan untuk
menunjuj-nunjuk apatah lagi untuk perbelanjaan yang tidak perlu. Penggunaannya
juga boleh menyebabkan seseorang berbelanja mengikut kehendak nafsu.
Oleh itu, setiap pemegang kad kredit harus bijak mengimbangi
antara perbelanjaan dengan pendapatannya supaya ia tidak menjadi suatu bebanan
pada masa mendatang.
Mitos 7 :
Wang sebagai pengganti masa dan kasih sayang
Terdapat individu yang menggunakan wang sebagai ganti bagi
masa dan kasih saying. Contohnya ibu bapa yang sibuk bekerja akan memenuhi
segala kehendak anal-anak. Kita harus sedar nilai kasih saying itu tidak boleh
diganti dengan wang ringgit.
Paling penting ialah usaha yang seimbang dan kesedaran
terhadap pentingnya mengimbangi kehidupan. Anda perlu mencari wang untuk
meneruskan kehidupan tetapi jangan menjadi hamba kepada wang sehingga tiada
kasih saying dalam keluarga.
Mitos 8 :
Perlindungan sebenar ialah wang yang banyak
Wang adalah segala-galanya ternyata tidak benar. Memang wang
sangat penting kerana pada hari ini hampir segala-galanya memerlukan wang.
Namun percayalah, wang bukan jaminan untuk membawa kebahagiaan kerana dalam
kehidupan ini ada perkara lain yang lebih penting utnuk mewujudkan bahagia.
Dari aspek ekonomi, bukan wang menjadi kayu pengukur, sebaliknya pengurusan
wang yang bijak dapat menjamin kestabilan ekonomi.
Mitos 9 :
Perlu pasangan yang berkemahiran dalam hal ehwal kewangan
Pengaliran wang yang tersusun penting dalam rumah tangga.
Jangan serahkan hal kewangan kepada satu pihak sahaja. Kedua-dua pihak
seharusnya melibatkan diri atau sekurang-kurangnya mengambil tahu mengenai
urusan kewangan keluarga. Lakukan pengurusan kewangan bersama-sama.
Mitos 10 : Orang
yang berjaya memiliki wang yang banyak
Bukan semua orang yang Berjaya mesti memiliki wang yang
banyak. Terdapat ramai tokoh Berjaya dalam bidang yang diceburi tanpa menjadikan kekayaan sebagai sasaran,
sebaliknya untuk mendapatkan kepuasan. Bacalah kisah kejayaan mereka sebagai
motivasi kepada anda dan ini membuktikan
bahawa wang bukanlah faktor utama untuk Berjaya.
seribupilihanblogsport
Tiada ulasan:
Catat Ulasan