Sabtu, 9 Mac 2013

Fakta-Fakta Menarik Tentang Melur Cina

Melur Cina Alternatif Bagi Merawat Penyakit

Dari segi kegunaan, melur cina ini sesuai digunakan untuk mengubati penyakit kencing manis (diabetes mellitus), sariawan, demam dan juga sembelit. Untuk kencing manis, disarankan mengambil 12 helai daun melur cina dan direbus dengan kadar dua gelas air sehingga tinggal satu gelas dan diminum sekali sehari. Tujuh helai daun diperlukan dan diramas di dalam secawan air bagi sariawan.





Campuran ini hendaklah ditapis dan dicampur dengan dua sudu makan madu dengan sebiji gula batu. Ramuan ini hendaklah diminum sebanyak dua kali dalam sehari. Ramuan yang serupa tanpa menggunakan madu adalah untuk rawatan demam. Ramuan ini sangat sesuai untuk menyejukkan badan,

Bagi mereka yang menghidapi sembelit, pokok bunga melur cina ini mungkin dapat membantu. Caranya adalah dengan mengambil tiga biji buahnya dan direbus dengan dua gelas air sehingga tinggal satu gelas. Minum airnya sehingga hilang sembelit.

Bunga melur cina mungkin boleh dijadikan alternatif bagi merawat penyakit yang anda hidapi. Bagaimanapun, apa yang dinyatakan di sini hanyalah petua dan amalan tradisi yang diwarisi turun menurun. Oleh itu nasihat dan penjelasan doktor juga perlu dalam usaha untuk menyembuhkan penyakit yang dihidapi kerana apa yang dituntut ialah kita perlu berikhtiar sama ada melalui rawatan
 http://faktafaktamenarik.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...