Isnin, 4 Mac 2013

Kahwin Kurangkan Risiko Sakit Jantung

KAHWINSATU kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Finland, Januari lalu, menunjukkan bahawa individu yang tidak pernah berkahwin bakal meningkatkan risiko diserang sakit jantung sama ada lelaki mahupun wanita tidak kira berapa usia mereka.
Kajian terhadap sekumpulan penduduk di Finland itu dilakukan khususnya dalam kalangan pasangan pertengahan umur yang telah berkahwin.
Didapati kehidupan golongan itu lebih baik dari risiko terkena serangan jantung sama ada sebelum atau selepas dimasukkan ke hospital juga rendah.


 Kajian tersebut disiarkan dalam European Journal of Preventive Cardiology baru-baru ini yang mana itu merupakan data-data yang telah didaftarkan berasaskan FINAMI Myocordial Infarction dari tahun 1993 sehingga 2002.
Kajian berkenaan melibatkan maklumat orang ramai yang berusia 35 tahun ke atas di empat kawasan geografi di Finland.
Dalam satu keadaan yang dikenali sebagai Sindrom Jantung Akut (ACS), pengarangnya berkata, sasaran pihaknya adalah menjalankan kajian berdasarkan ramalan terhadap ACS yang dikaitkan dengan sosio-karakteristik demografi, status perkahwinan dan saiz isi rumah.
Pendaftaran itu juga merekodkan lebih 15,300 kes ACS direkodkan dalam jangka masa 10 tahun iaitu lebih separuh (7,703) daripada penghidapnya akan meninggal dunia dalam tempoh 28 hari.
Keadaan ini menimpa kebanyakan lelaki dan wanita secara sama rata. Bagaimanapun analisa ini juga menunjukkan standard umur insiden kes ACS dianggarkan 58-66 peratus lebih tinggi dalam kalangan lelaki yang tidak berkahwin.
Manakala 60-65 peratus lebih tinggi dalam kalangan wanita yang tidak berkahwin.

Sementara kebarangkalian pengidap ACS akan meninggal dunia dalam tempoh 28 hari pula didapati 60 hingga 168 peratus lebih tinggi bagi lelaki yang tidak berumah tangga dan 71 hingga 175 peratus lebih tinggi dalam kalangan wanita tidak berkahwin.
Biasanya, ramalan kematian dalam kalangan warga emas yang berusia 65 hingga 74 tahun adalah 247 orang dalam setiap 100,000 orang setiap tahun.
Tetapi meningkat kepada 493 orang dalam setiap 100,000 orang dalam kalangan wanita yang tidak berkahwin.
Secara statistik angka-angka itu menunjukkan angka kematian dalam tempoh 28 hari akibat ACS dalam kalangan lelaki pula, kadarnya adalah 26 peratus bagi lelaki berkahwin yang berusia antara 35 hingga 64 tahun dan 42 peratus bagi lelaki yang baru mendirikan rumah tangga, manakala 51 peratus bagi lelaki yang tidak pernah berkahwin.
Berdasarkan penemuan itu, juga didapati beberapa kes yang melibatkan kematian dalam kalangan lelaki dan wanita bujang adalah lebih tinggi dalam kalangan mereka yang tinggal dengan seorang atau lebih ramai teman.
Beberapa kemungkinan mengapa individu bujang dikaitkan dengan risiko penyakit berkaitan koronari terutama yang boleh membawa maut.
Antaranya, kemungkinan individu yang mempunyai tahap kesihatan yang rendah mungkin lebih terdorong untuk kekal tidak berkahwin atau bercerai sehingga mereka meninggal dunia.
Pasangan berkahwin mungkin mempunyai keadaan kesihatan yang lebih baik dan menikmati sokongan sosial yang lebih tinggi berbanding mereka yang bujang berdasarkan kelangsungan hidup mereka yang mengutamakan rumah tangga.
Keadaan ini akan mempengaruhi keadaan kesihatan mereka secara keseluruhan.
: http://www.utusan.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...