Ahad, 17 Mac 2013

Makhluk Hodoh Ganggu Pelajar Perempuan


Makhluk Hodoh 
“Sejurus selepas ternampak lembaga hodoh di koridor sekolah, anak saya terus menjerit dan pengsan sebelum diikuti oleh tiga rakannya yang lain.”
 
Demikian kata Roziana, 45 (bukan nama sebenar) ibu salah seorang pelajar yang mengalami histeria di sebuah sekolah menengah dekat Indera Mahkota di sini.

Roziana berkata, ini kali pertama anaknya mengalami gangguan seperti itu walaupun sudah beberapa kali kejadian tersebut berlaku di sekolah berkenaan.





“Tidak sangka pula, kali ini anak saya pula yang menjadi mangsa.

“Apabila bercerita mengenai rupa mahkluk yang hodoh itu, anak saya akan takut dan tidak mahu ke sekolah kerana bimbang akan terserempak lagi,” katanya.

Ketika kejadian, anak perempuan Roziana yang merupakan pelajar tingkatan dua berdiri di koridor sekolah pada waktu rehat sebelum menjerit apabila melihat makhluk hodoh tersebut.

“Sejurus selepas dimaklumkan oleh pihak sekolah, saya terus bergegas ke sana dan mendapati anak saya sudah sedar biarpun masih ketakutan.

“Mujur ada guru dan ustaz yang tolong anak saya jika tidak, saya pun tidak tahu apa nasib anak saya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Rosdi Ismail berkata pihaknya sudah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut dan tindakan segera telahpun diambil oleh pihak sekolah.

Menurutnya, itu kejadian kedua yang berlaku di sekolah tersebut bagaimanapun tidak menjejaskan sesi pembelajaran.

“Kita nasihat pelajar terbabit supaya berubat dan ibu bapa serta guru diharap sentiasa memantau pelajar sekolah itu,” katanya. –
 Sinar Harian Online
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...