Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi
telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang
lepas. Firaun-firaun Mesir hanyalah membaik pulih sahaja piramid-piramid
ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini
lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk
dapat dipercayai oleh masyarakat dunia. Anda boleh tonton filem 10000 B.C dimana
terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk
mendapatkan gambaran tentang hal ini. Arkiteknya dalam menentukan lokasi
piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi
buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi
dan ahli nujum Istana.
Gambaran kerja pembinaan piramid [filem 10 000 BC]
Kedudukan
ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan
kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat. Ini
antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah
bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid? Sesungguhnya
Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi
di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion
sebagai tanda kiblat dilangit. Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke
Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul
Makmur di langit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa
sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah
bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material
adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari
ini.Tidak percaya?.
Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum
berlakunya banjir besar di zaman Nabi Nuh. Bayangkan kehidupan mereka
adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya
bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur
di udara. Setiap rumah terdapat sistem komputer yang canggih dan
kemudahan internet kelajuan tinggi. Tetapi adakah semua itu berguna
setelah banjir besar melanda seluruh dunia. Tidak, tidak sama sekali.
Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia, haiwan-haiwan yang
berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini
kita dapat mengetahui bahawa ‘profesion’ Nabi Nuh bukan sahaja seorang
pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal.
Nabi Nuh
boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang
tidak sampai 100 orang? Fikirkan. Seratus (100) orang itupun ada yang
wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi
Nuh teramatlah sedikit. Malahan pula, para pengikut Nabi Nuh as terdiri
daripada orang miskin yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga telah
membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat
mengatakan dalam beberapa minggu sahaja). Misteri ini benar-benar
memeningkan pengkaji malah ada juga pengkaji Barat yang mendakwa bahawa,
Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing. Sebenarnya kita tidak akan
hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan
kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa
kini sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina
bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan
mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.
Masih tidak
percaya?. Jika kita lihat pada kronologi kemajuan manusia, kita boleh
melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa dari
lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009
Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup. Bagaimana
kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa?
Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir
Besar di zaman Nabi Nuh. Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini
anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama
turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu
tahun), maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju
ketika Banjir Besar.
Mayat bergelimpangan di Kota Kuno Mohenjo-Daro mengandung radioaktif
Maka jika
berfikir seperti ini, kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah
seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai
pesawat-pesawat terbang seperti UFO. Peperangan juga melibatkan kuasa
nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.
Tetapi
adakah semua kemajuan itu berguna berguna apabila tibanya bala bencana?
Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang
mengingkari perintah Allah SWT setelah hanyut dalam arus kemajuan
material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika
itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara
terang-terangan. Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini.
Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar.
Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan
pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang
mereka pertuhankan. Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering
keluar di media-media antarabangsa.
Bateri Baghdad yang ditemui oleh ahli arkeologi Austria
Mungkin
anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini. Ini kerana anda
memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua, bercucuk tanam dan
mengembala kambing sahaja. TIDAK SAMA SEKALI. Lihatlah lukisan-lukisan
misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba
tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah
tanah dan filemen elektrik. Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera
padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk
CD, CD-RW, DVD, DVD-RW atau sebagainya) di China.
Carkera padat purba yang ditemui di China
Dan yang
paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta
tahun di Oklo, Afrika! Apakah maksud semua ini? Berapa umur Bumi
sebenarnya? Berapa umur umat manusia sebenarnya?. Kita tidak boleh
menganggarkannya berdasarkan kajian Barat (buku rujukan sejarah di
Malaysia banyak merujuk kepada sumberBarat)
yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason.
Mereka sebenarnya mempunyai sebab untuk mengelirukan umat manusia.
Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat
bayangkan.
Maka
setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka
bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih
mereka ditelan banjir. Mereka kembali menjadi orang gua dan mula
berburu, bercucuk tanam dan mengail ikan.
Seperti yang dirakamkan di dalam Al-quran:
Apakah
mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami
binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan
kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami
berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan
Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami
binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah
mereka generasi yang lain.Qs.Al-An’am: 6
Di waktu-waktu malam mereka mungkin berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka mengenai kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta. Mereka juga mungkin menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.
Di waktu-waktu malam mereka mungkin berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka mengenai kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta. Mereka juga mungkin menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.
Betapa
kukuhnya binaan bahtera Nabi Nuh as ini, hinggakan binaan asalnya masih
kukuh hingga kini. Gambar diatas (atas sekali) adalah satu sudut dalam
bahtera Nabi Nuh, manakala gambar dibawah pula ialah bahan besi yang
diperolehi daripada struktur bahtera tersebut. Gambar tersebut diiambil
setelah kumpulan arkeologi dari Turki dan China berjaya memasuki bahtera
Nabi Nuh as yang terdampar di puncak Gunung Ararat di Turki.
http://azimaris.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan