Sebelum kedatangan Islam ke Andalusia dikatakan telah berlakunya pergaduhan di antara witiza, raja Visigoth dan Roderick. Roderick adalah seorang raja yang tamak dan sukakan hiburan. Pada suatu ketika pergaduhan pernah berlaku diantara Roderic dan Julian. Ini kerana Roderic telah mencabul anak Gabenor Ceuta iaitu Florinda. Ternyata kerajaan Andalusia sebelum kedatangan Islam telah pun porak-peranda. Kekejaman dan kezaliman yang dilakukan oleh pembesar-pembesar Andalus amat tidak digemari rakyat-rakyat mereka.
Ekonomi di Andalusia dikuasai oleh golongan-golongan bangsawan mereka dan membentuk system “latifundia”(tuan tanah) menyebabkan penindasan terhadap golongan bawahan. Penindasan terhadap golongan bawahan menyebabkan ramai diantara mereka terpaksa menjadi hamba.
Ini menyebabkan ramai hamba rakyat melarikan diri ke dalam hutan dan menimbulkan kekacauan kerana tidak berpuas hati dengan pihak pentadbiran mereka. Mengakibatkan kelumpuhan ekonomi di Andalusia.
Kedatangan Pasukan tentera yang dipimpin oleh Tariq bin Ziyad adalah jemputan dari Julian bagi menentang kezaliman Raja Roderic.
Para sejarahwan sepakat menyatakan bahawa kedatangan Islam ke Andalusia adalah di bawah pimpinan Tariq ibn Ziyad yang telah memimpin pasukan tentera menyeberangi lautan Gibralta menuju ke semenanjung Iberia itu. Pasukan Islam yang hanya berjumlah 7000 orang itu perlu berdepan dengan tentera Visigoth yang berkekuatan 100,000 tentera lengkap bersenjata. Lalu bagi meningkatkan semangat dikalangan pasukan Islam, dikatakan bahawa Tariq ibn Ziyad mengarahkan agar kapal mereka dibakar, dan beliau berpidato:
“Wahai saudara-saudaraku, lautan ada di belakang kalian, musuh ada di depan kalian, ke manakah kalian akan lari? Demi Allah, yang kalian miliki hanyalah kejujuran dan kesabaran. Ketahuilah bahawa di pulau ini kalian lebih terlantar dari pada anak yatim yang ada di lingkungan orang-orang hina. Musuh kalian telah menyambut dengan pasukan dan senjata mereka. Kekuatan mereka sangat besar, sementara kalian tanpa perlindungan selain pedang-pedang kalian, tanpa kekuatan selain dari barang-barang yang kalian rampas dari tangan musuh kalian. Seandainya pada hari-hari ini kalian masih tetap sengsara seperti ini, tanpa adanya perubahan yang berkesan, nescaya nama baik kalian akan
hilang, rasa gentar yang ada pada hati musuh akan berganti menjadi berani kepada kalian. Oleh kerana itu, pertahankanlah jiwa kalian.”
Kalimat terkenal ini dikobarkan oleh Tariq bagi menaikkan semangat pasukan tentera Islam dan akhirnya tercatat dalam sejarah penyebaran Islam ke Andalusia setelah tentera Visigoth tidak mampu melawan semangat jihad tentera Islam.
http://silverheritage.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan