Soalan : Bahaya tak
kalau simpan lebihan bawang yang telah dipotong? Dengar cerita, bawang
yang telah dipotong adalah "magnet" bakteria!
Jawapan : PALSU. Bawang
yang telah dipotong dan disimpan adalah selamat untuk dimakan, selagi
kaedah memotong dan penyimpanan adalah bersih.
Dakwaan kononnya bawang
menjadi magnet bakteria toksik apabila disimpan semalaman adalah tidak
benar. Apabila bawang dipotong, ia mengeluarkan enzim yang menghasilkan
asid sulfurik, berpotensi untuk merencatkan pertumbuhan kuman.
Bawang memang boleh
tercemar, itu pun jika kita memotongnya di atas papan pemotong yang
kotor atau disimpan di dalam bekas yang kotor. Semua makanan pun akan
tercemar sama jika kita tak kendalikannya dengan betul, jadi ia bukan
masalah yang disandarkan kepada bawang semata-mata.
Dari manakah mitos
bawang "magnet bakteria" ini wujud. Pada tahun 1500an dahulu, bawang
dikatakan boleh "menyerap" kuman wabak penyakit Bubonic (sila search
Black Death di Google) yang telah menular di Eropah pada masa itu.
Sebenarnya, bawang tidak berupaya menyerap apa-apa kuman pun. Ia kekal
menjadi mitos.
Jangan tertipu dengan mitos berusia lebih 500 tahun!
www.malaysiasensasi.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan