Ahad, 16 Jun 2013

5 Ilusi Mata Yang Kita Tak Perasan

Berikut adalah ilusi mata yang kita tidak sedar atau perasan tapi sering berlaku dalam kehidupan kita seharian.


Disini aku bagi lima je, cuba fikir dan fahami maksud yang ingin disampaikan.




Ilusi Pertama
"Gila la orang tu, nak mati ke apa bawa motor laju gila. Mesti mat rempit ni. Aku minta dia kemalangan la kat depan tu, baru dia sedar." Kata Siti sambil menunjukkan jari ke arah jalan raya.

Peristiwa Sebenar
Ahmad menunggang motorsikal dengan laju kerana berlaku kecemasan dirumahnya. Ahmad terlalu risau sehingga tidak penduli keselamatan dirinya lagi, apa yang penting keselamatan keluarganya.

Ilusi Kedua
"Kau tau, tadi aku nampak suami si Milah tu tengah berborak dengan perempuan mana ntah kat pasaraya tadi. Wah, mungkin seronok berbual sampai tak perasan aku lalu kat tepi. Aku rasa skandal dia la tu sebab bukan main mesra lagi aku tengok." Kata joyah kepada ahli mesyuarat tingkatnya.

Peristiwa Sebenar
Ahmad terserempak dengan kawan sekolahnya di pasaraya yang sudah hampir 15 tahun tak berjumpa. Mereka bertanya khabar dan bercerita pasal pengalaman masing-masing dan itulah kali terakhir Ahmad terserempak dengan kawan lamanya itu.

Ilusi Ketiga
"Kau belajar rajin-rajin, jangan malas sangat. Tengok kat orang tu, sebab malas belajar la jadi susah macam tu. Nak cari kerja pun susah. Kerja pun malas gak tu agaknya." Kata ayah kepada anaknya.

Peristiwa Sebenar
Ahmad terpaksa berhenti sambung belajar sebab keluarganya tak mampu dan dia berkorban untuk adik-adiknya. Bagi Ahmad, biarlah dirinya tak berpelajaran asalkan adik-adiknya dapat belajar.

Ilusi Keempat
"Tadi ada kemalangan la, keadaan mat rempit tu teruk sangat. Tu la bawa laju sangat, dia tak tau ke jalan tu bahaya. Aku harap-harap dia insaf la lepas ni" kata Ali kepada Abu.

Perisitwa Sebenar
Ahmad terlibat dalam kemalangan lari. Polis sedang cuba mengesan kereta tersebut.

Ilusi Kelima
"Mak tak mahu menantu mak bekerja sebagai driver je. Jangan nak malukan keluarga kita boleh tak." Kata Kak Tom kepada anaknya, Milah.

Peristiwa sebenar
Ahmad merasa sedih kerana hajatnya untuk mengambil alih tanggungjawab daripada ayah Milah untuk menangung dosa Milah tak kesampaian. Ahmad juga baru tahu yang kerjanya sebagai Driver Kapalterbang adalah kerja yang hina.

P/S: Asyik Ahmad je yang kena. :
 http://shahrizar1987.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...