Diriwayatkan
bahawa Rasululallah SAW pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api
di dunia ini. Setelah nabi Adam AS dihantar ke dunia kerana
kesalahannya memakan buah larangan maka Allah SWT telah memerintahkan
malaikat Jibril AS supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke
dunia untuk kegunaan Nabi Adam AS. Maka Jibril AS pun diperintahkan utk
meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu
Zabaniah.
Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam AS.
Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?
Jibril : sebesar kurma. .
Zabaniah
: kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan
cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.
Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma…
Zabaniah
: kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di
dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan
tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril AS pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia.
Allah
SWT pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari
api neraka utk di bawa ke dunia. Maka Jibril AS pun mengambil api
neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg
keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukkan dengan
mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sebanyak 70
buah sungai.
Selepas
itu Jibril AS pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan diatas
sebuah bukit yg tinggi. Sejurus setelah diletakkan api
tersebut,tiba-tiba bukit itu terus meleleh dan cair. Maka cepat-cepat
malaikat Jibril mengambil semula api tersebut dan menghantar semula ke
neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti
api yg sering kita gunakan untuk pelbagai keperluan termasuk api gunung berapi dan sebagainya.
PENGAJARAN
Bayangkanlah
kepanasan api neraka yang sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam
70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya
saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana
dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.
http://pingmerah.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan