Sabtu, 13 Julai 2013

Harga Siling Ayam Hanya Akan Dilaksana Pada Hujung Ramadan

 
Hasan Malek.
PUTRAJAYA: Kerajaan hanya akan melaksanakan harga siling ayam di pasaran pada awal Ogos pada penghujung bulan Ramadan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek.

Beliau berkata, buat masa ini harga ayam akan ditentukan oleh penawaran dan permintaan di pasaran.

“Pelaksanaan skim kawalan harga Hari Raya Puasa 2013 dijangka akan bermula pada awal Ogos, dan pada ketika itu nanti harga maksimum ayam akan ditetapkan oleh Kerajaan dan dikuatkuasakan terhadap peruncit dan pembekal ayam,” katanya dalam lawatan ke bazar Ramadan Precint 2 di sini, Jumaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...