Sabtu, 19 Januari 2013

10 Buah TasikkBawah Tanah Yang Tercantik

Biasanya kalau disebut tasik, ianya akan berada di kawasan lapang, tepi-tepi gunung, dan kawasan hutan di atas tanah. Tetapi sebenarnya, ada juga tasik-tasik yang letaknya di bawah tanah dan di dalam gua.

Berikut adalah gambar-gambar tasik bawah tanah yang tercantik di dunia.

1 - Tasik Bawah Tanah Di Gua Mellisani



Tasik bawah tanah di Mellisani Caves ini, berhampiran Kefalonia, ditemui
apabila bumbung gua runtuh selepas gempa bumi pada tahun 1953.



2 - Tasik Bawah Tanah Di Cheddar Gorge




Jurang Cheddar @ Cheddar Gorge adalah jurang terbesar di Britain dan
ditemui dalam Gua Cheddar, di mana rangka lengkap  manusia yang tertua
di UK ditemui pada tahun 1903. Mayat itu dianggarkan berusia 9,000
tahun.



3 - Tasik Bawah Tanah Di Hamilton Pool




Kolam Hamilton @ Hamilton Pool di Austin, Texas, telah dicipta agak
secara alamiah apabila kubah gua bawah tanah runtuh mendedahkan kolam
yang menakjubkan ini.



4 - Tasik Bawah Tanah Di Reed Flute Cave




Gua Reed Flute @ Reed Flute Cave di Guilin, China ditemui semasa Dinasti Tang hampir 1,300 tahun lalu.



5 - Tasik Bawah Tanah Di Luray Caverns, Virginia




Stalagtit menghiasi bumbung Luray Caverns, Virginia, bersama dengan air
tasik yang sangat tenang memberikan satu refleksi yang sempurna.



6 - Tasik Bawah Tanah Di Wookey Caves, England




Lagenda mengatakan bahawa orang-orang gua awal mendiami Gua Wookey @ Wookey Caves di Somerset, England.



7 - Tasik Bawah Tanah Di Lechuguilla Cave




Gua Lechuguilla @ Lechuguilla Cave di Carlsbad Caverns National Park,
New Mexico merupakan gua yang kelima terpanjang ditemui iaitu 120 batu
panjang dan kedalaman 489 meter, menjadikannya paling dalam di benua
Amerika Syarikat.



8 - Tasik Bawah Tanah Di Macan Ché




Tasik bawah tanah Macan Che berhampiran Semenanjung Yucatán merupakan
salah satu daripada banyak yang dianggap sebagai hadiah dari tuhan oleh
kaum Maya, dan oleh itu ianya suci.



9 - Tasik Bawah Tanah Di Mexico




Aliran batu kapur ke dalam tasik bawah tanah di Mexico ini menyerupai
air terjun bertukar menjadi batu. Mungkin istilah Ratu Ais @ Ice Queen
mengambil sempena gua khusus ini.



10 - Tasik Bawah Tanah Di Banff, Kanada




Ada air terjun kecil di tasik bawah tanah di Banff, Kanada ini.
 dailyberita.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...