Abdullah bin Umar bin’ Ash berkata:
Ada 5 perkara menyebabkan kebahagiaan
apabila kita beramal dengannya:
1-Menyebut ” لا إله إلا الله محمد رسول
الله setiap waktu.
2-Melafazkan “ إنا لله وإنا إليه راجعون
ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم ” ketika
ditimpa musibah.
3-Apabila mendapat nikmat menyebut ”
الحمد لله رب العالمين
” .
4-Memulakan setiap pekerjaan
kebajikan dengan ” بسم الله الرحمن
الرحيم “
5-Apabila tersilap melakukan dosa
menyebut ” أستغفر الله العظيم
واتوب إليه ” .
5 TANDA-TANDA ORANG YANG TAKUT KEPADA ALLAH SWT
Osman bin Affan berkata: Tanda-tanda orang bertaqwa atau
takut kepada Allah SWT 5 perkara,
1- Dia tidak akan duduk melainkan
bersama orang yang elok agamanya ( dapat menahan kemaluan dari melakukan zina
dan dapat menahan lidah daripada ucapan yang tidak baik ).
2- Bila ditimpa musibah dunia,maka ia
melihat akibat keburukannya.Jika ditimpa musibah berkaitan Akhirat maka ia
berkeyakinan bahawa dia akan mendapat keuntungan besar disisi A llah hasil
daripada musibah tersebut..
3- Perutnya dipenuhi dengan makanan
yang berkat dan halal.
4- Dia melihat orang lain sentiasa
selamat dari kecelakaan kerana orang lain sentiasa beribadat kepada Allah
Azzawajal.
5- Dia melihat dirinya berada dalam
kecelakaan kerana dosa yang dilakukan, ia merasakan kemurkaan Allah akan datang
bila-bila masa disebabkan amalannya yang bercampur dengan dosa.
5 PERKARA MEMBERI KETENANGAN
Apabila kamu gelisah dan tidak
tenang pandanglah 5 Perkara:
1- Pandanglah Kaabah yang mulia.
2- Pandanglah Al-Quran yang suci.
3- Pandanglah Wajah kedua ibu bapa
yang mulia
4- Pandanglah pemandangan bukit
bukau.
5- Pandanglah lautan yang masin.
Wallahua'lam
cintarindurasul.blogspot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan