Selalu kita disajikan dengan kekayaan Sultan Brunei
serta kekayaan orang Barat. Jarang sekali kita mendengar kisah
kekayaan dari orang Arab. Jadi, mari sama-sama kita ikuti sedikit
‘pembongkaran’ mengenai kisah kekayaan yang dimiliki oleh Al Walid,
orang terkaya di negara Arab.
Selama
20 tahun lebih, tak ada yang boleh mengalahkan kekayaan Al Walid bin
Talal bin Abdulazis Alsaud di Timur Tengah. Ia adalah orang terkaya
nombor satu di tanah Arab, dan menduduki peringkat ke-13 di seluruh
dunia – menurut Forbes. Berapa kayakah Al Walid?
Tidak
ada yang boleh meramal dengan tepat, berapa kekayaan Al Walid.
Termasuk mungkin Al Walid sendiri. Orang hanya menjangka jumlah antara
$15 sampai $30 billion! Tidak usah memikirkan seberapa banyak, kerana
jumlah ini sungguh tak terhingga banyaknya.
Kekayaan A Walid tersebar dalam lima bidang: stok perdagangan awam, perusahaan-perusahaan besar yang dimiliki Al Walid, real estate, aset kekayaan, dan kekayaan yang bersifat tunai dan tersebar di berbagai bank di seluruh dunia.
Jika
dikira, maka perusahaan Al Walid menyumbang $7.88 billion, dan
menjadikannya sebagai pemilik perniagaan terbesar di Arab Saudi dan
Timur Tengah. Perniagaannya meliputi bidang IT, kesihatan, hiburan dan
pelancongan. Cittigroup, Apple dan News Corporation adalah tiga nama
besar yang dimiliki Al Walid.
Dari
perniagaan-perniagaan kecilnya, Al Walid mendapatkan “duit rokok”
sekitar $1.611 billion. Perniagaannya yang terkenal di sektor ini
adalah Rotana, yang bergerak di bidang hiburan di Timur Tengah. 85%
industri muzik dan 45% industri filem di bawah label Rotana.
Sedangkan
dari bahagian Real Estate, Al Walid mendapat $3.196 billion. Al Walid
sekarang ini memiliki Kingdom Resort. Namun beliau sekarang membangun
Kingdom Oasis yang dikatakan jauh lebih mewah daripada Kingdom Resort.
Di Kingdom Oasis mengandungi danau dan zoo peribadi.
Ia
mempunyai kapal persiaran sangat mewah, pesawat Boeing 747 peribadi,
dan pesawat jet Aibus A380, yang merupakan pesawat paling mewah dan
paling besar di seluruh dunia. Dia memiliki 300 kereta dan salah
satunya konon adalah Mercedes SL600 yang setara dengan $4.8 juta.
Kapal persiaran Al Walid
Kapal terbang peribadi
Jutawan Al-Waleed bin
Talal bin Abdul Aziz Al lahir pada Mac 1955 dan merupakan anggota
kerajaan Saudi. Dia adalah cucu dari perdana menteri Lebanon yang
pertama. Dia mempunyai tiga orang isteri.
Jutawan
Al Walid tinggal di sebuah istana yang berharga $100 juta, mempunyai
317 bilik, berkarpet sutera, 250 unit television, dan pelayan yang siap
menyiapkan makanan untuk 2000 orang dalam satu jam. Di istana itu juga
terdapat kolam renang yang menyerupai danau dan sebuah bioskop bawah
tanah.
adamzpest.blogspot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan