GOLF DAN AZAN
Ini lanjutan darpada artikel penulis sebelum ini mengenai Golf di sini. Kali ini penulis mengaitkan pula Golf dengan Azan.
Pelbagai
pengalaman misteri uji keimanan insan sering terlalai ketika seruan
azan berkumandang. Cerita di bawah adalah cerita yang agak lama juga.
Tapi jika dibaca artikel yang menarik juga yang difwdkan kepada saya ni
berkenaan perkara-perkara pelik di padang golf kerana tidak menghormati
azan.
PERMAINAN
golf bagi mereka yang ketagih dengan sukan boleh menenangkan jiwa itu,
kadang-kala berdepan dengan pelbagai kejadian pelik tetapi benar-benar
berlaku di padang golf di negara ini.
Pernah
satu hari, seorang teman bersama tiga rakannya bermain golf hingga
berlarutan pada waktu malam dan ketika menghampiri dua lubang terakhir,
mereka terpaksa berhenti agak lama kerana ada orang lain sedang putting
di atas green, kira-kira 100 meter di hadapan mereka.
Dalam
permainan golf, pemain boleh membuat aduan kepada marsyal jika
permainan pemain di hadapan terlalu lambat. Selepas menunggu begitu
lama, empat pemain yang kelihatan seperti warga Korea itu, masih
melakukan putting berkali-kali sehingga tempohnya tidak boleh diterima
akal. Berikutan itu, lelaki yang bergelar Datuk tadi menghubungi rumah
kelab dan mengadu kepada marsyal untuk menegur empat ‘warga Korea’ itu
supaya bermain dengan laju.
Marsyal
itu menjawab: “Datuk…. flight (sepasukan empat orang) Datuk adalah
flight terakhir, tak ada orang lain dah kat fairway (padang) waktu ini.”
Mendengar jawapan itu, mereka terus bergegas masuk ke dalam buggy dan
segera pulang ke kelab, dengan tidak lagi meneruskan permainan.
Rupa-rupanya
empat ‘warga Korea’ itu bukan manusia. Di kelab itu kemudian heboh
mengenai kejadian aneh itu. Kapten kelab datang dan bertanya secara
lembut, sama ada mereka berhenti menghayun kayu golf apabila terdengar
azan Maghrib berkumandang dari masjid di pinggir kelab golf eksklusif
itu.
Semuanya
tergamam dan saling memandang antara satu sama lain. Bayangkan, jika
waktu di padang golf itu, mereka menghampiri ‘pemain Korea’ di atas
green, entah apa akan terjadi. Penolong
Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Syeikh Zamihan
Al-Ghari ketika diminta mengulas berkata, kemungkinan yang dilihat itu
adalah malaikat atau jin Islam kerana syaitan akan lari sejauh mungkin
hingga ke hujung dunia sehingga dia tidak lagi mendengar bunyi azan.
“Seruan
Allah mengajak kepada kebaikan dan begitu juga dengan seruan azan yang
mengingatkan kepada tanggungjawab menunaikan solat. Oleh itu kejadian
pelik yang berlaku kepada kepada pemain golf ini boleh dilihat sebagai
bonus daripada Allah untuk menyedarkan mereka supaya berhenti sebentar
untuk mendengar azan dan solat sebelum menyambung permainan.
“Bagi
manusia biasa, hatta yang banyak melakukan dosa juga tidak mustahil
menemui kejadian pelik ini untuk diberi kesedaran dan ini menunjukkan
kekuasaan serta kasih sayang Allah,” katanya.
Malah,
apa saja kegiatan termasuk ketika seseorang sedang berucap di khalayak
ramai perlu berhenti seketika sewaktu azan berkumandang. Namun, banyak
lagi cerita pelik berlaku, kebanyakannya menjurus kepada sikap pemain
golf yang tidak berhenti seketika apabila terdengar azan sama ada
apabila masuk waktu Zuhur, Asar, Maghrib atau Isyak, bagi yang bermain
golf pada waktu malam. Sesetengah padang golf di sekitar Lembah Klang,
memang ada menyediakan tempat solat di tepi padang golf.
Di
padang golf yang lain pula, tidak berapa lama dulu, seorang rakan
bersama kawannya ‘sesat’ apabila tidak terjumpa tempat tee-off (pukulan
pertama untuk setiap lubang) seterusnya selepas selesai bermain di
lubang ke-12.
“Seminggu
sebelum itu, saya juga bermain di tempat sama, tiada masalah dan memang
mustahil untuk tidak menemui tempat tee-off seterusnya. Tetapi kali
ini, saya mendapati laluan untuk ke lubang ke-13 itu bagaikan tertutup….
saya pergi ke kiri, nampak semak… ke kanan pun semak dan ke depan lagi
semak. ”
Jalan
keluar ialah berpatah balik dan waktu itu jam sudah melewati 1.30
petang,” katanya yang nyata juga tidak berhenti bermain ketika azan
Zuhur. Sehingga kini, beliau masih tertanya-tanya insiden itu.
Baru
minggu lalu, kejadian aneh turut berlaku di sebuah padang golf lain di
kawasan Subang Jaya apabila seorang rakan yang melakukan pukulan kedua
melungsurkan bola jauh tetapi menuju ke arah pokok sawit, hingga seakan
menyeberang ke fairway di sebelah, memungkinkan bola itu jadi ‘OB’
(out-bound).
Apabila
buggy yang dinaikinya bersama rakan yang juga seorang Datuk berhenti di
atas track berdekatan pokok sawit, bola tidak kelihatan, hilang. Tetapi
kira-kira lima minit kemudian, tiba-tiba bola golf melantun balik ke
arah fairway, bagaikan dilambung atau dicampak oleh seseorang.
“Saya
tengok di celah-celah pokok, kemungkinan ada pekerja yang mencampak
bola tetapi tiada seorang manusia pun di situ,” katanya yang terselamat
daripada dikenakan penalti dua strok kerana bola hilang.
Penulis
sendiri yang menaiki satu lagi buggy di belakang mereka turut hairan
tetapi saya tidak nampak bola itu apabila ia ‘tercampak’ semula ke arah
fairway. Banyak
lagi kisah pelik seperti bola beralih tempat atau tiba-tiba 18 biji
bola berada di atas green yang sepatutnya cuma empat biji selepas empat
pemain mahu melakukan putting, memberi pengajaran berguna.
Di
sini, kita perhatikan satu alkisah. Diriwayatkan bahawa Siti Zubaidah
adalah seorang wanita bangsawan yang kaya, hobinya suka mendengar muzik.
Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa penyanyi yang menjadi
penghiburnya. Apa yang menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja
seruan azan, dia akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya
berhenti untuk seketika bagi menghormati azan.
Selepas
selesai dan menjawab azan, barulah disambung semula, hanya itulah
amalan yang sentiasa dijaganya. Selepas dia meninggal, ramai di kalangan
orang salih bermimpi bertemu dengannya; tanya mereka, “Ibadat apakah
yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu menggali
sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?
Jawab Zubaidah,
“Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan syukur. Sebenarnya
aku tidak banyak beribadah kecuali satu, ketika hayatku dulu iaitu
apabila terdengar saja azan sedangkan waktu itu aku sedang berhibur dan
mendengar nyanyian, maka dengan serta- merta aku menyuruh mereka
memberhentikannya bagi menghormati seruan azan.
“Itulah
ibadat yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan, Allah
berfirman, “Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada
di dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka.”
Penulis
menerima banyak e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan
telefon daripada pembaca termasuk rakan serta mereka yang tidak dikenali
mengenai tulisan saya di kolum ini minggu lalu bertajuk ‘Kisah misteri
alam roh beri pengajaran berguna.’
Ramai
juga pembaca memberi maklum balas menyatakan mereka atau ahli keluarga
mahupun kawan pernah mengalami kejadian misteri yang serupa apabila
koma.
Antara
maklum balas paling menarik ialah cerita berikut: “Seorang kawan saya
bukan saja mat rempit, malah kaki judi, minum arak dan suka berfoya.
Suatu malam, dia terbabit dalam kemalangan hingga patah tulang rusuk dan
kaki kanan serta keretakan tukang belakang. Beberapa hari dia koma di
hospital. Pendekkan cerita, apabila sudah keluar hospital kemudian, maka
dia bercerita mengenai kejadian misteri. ”
Dia
mendakwa melihat alam neraka, ditunjukkan kepada dia, menyebabkannya
rasa takut yang amat sangat apabila disebut perkataan neraka. Sejak itu,
dia sudah bertukar menjadi seorang manusia yang sempurna, tidak pernah
tinggal sembahyang dan meninggalkan semua kegiatan tidak berfaedah
sebelum ini,” katanya.
rossacalla.blogspot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan