Solat 5 waktu adalah wajib kepada orang Islam. Tentu kita mahu tahu bagaimana masuk waktu solat ini ditentukan
Kriteria
masuk waktu-masuk solat yang digunakan di Malaysia adalah mengikut
kriteria Mazhab Imam Shafi'e r.a. yang ditafsirkan secara ilmu falak
seperti berikut:
Waktu | Jarak Zenit |
Subuh | 90° + 20° = 110° |
Matahari terbit | 90° 50' |
Zohor | matahari tergelincir ke barat meridian |
Asar | tan-1 [tan(f-d) + 1] |
Maghrib | 90° 50' |
Isyak | 90° + 18° = 108° |
Bagaimanakan penentuan Waktu Solat Subuh, Zuhur,Asar, Maghrib dan Isyak?
Hadith:
“Daripada
Abdullah bin Amru r.a. bahawasanya Nabi s.a.w bersabda, “waktu zuhur
bermula dari tergelincir matahari di mana bayang seseorang itu sama
panjang dengan tingginya selagi tidak masuk waktu asar, waktu asar pula
berakhir sehingga cahaya matahari menjadi kuning (matahari hampir
terbenam), waktu sembahyang maghrib pula akan berakhir sehingga hilang
awan merah dilangit sebelah barat. Waktu isyak pula berakhir sehingga
pertengahan dari setengah malam. Waktu sembahyang subuh pula ialah dari
terbit fajar sehingga terbit matahari”.
Huraian Hadith:
1. Waktu zuhur bermula dari tergelincir matahari sehingga bayang seseorang itu sama panjang dengan tingginya.
2. Waktu asar bermula dari bayang seseorang itu lebih panjang dari tingginya yang sebenar sehingga matahari hampir terbenam.
3. Waktu maghrib bermula ketika tenggelam matahari sehingga hilang tanda-tanda merah (syafaq) di sebelah barat.
4. Waktu isyak bermula dari hilang tanda-tanda merah (syafaq) dilangit sehingga pertengahan dari setengah malam.
5. Waktu subuh ialah bermula dari naik fajar hingga terbit matahari.
e-solat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan