Sabtu, 12 Januari 2013

Misteri Tapak Kaki Gergasi Manusia Di Afrika

Sains mengatakan bahawa bangsa-bangsa manusia gergasi tidak wujud. Adakah gergasi pernah hidup di Bumi? "Tapak kaki Goliath", adalah panggilan penduduk tempatan terhadap tapak kaki gergasi ini. Ia menjadi salah satu daripada rahsia Afrika Selatan.



Michael Tellinger menunjukkan salah satu gambar bukti yang terbaik bahawa terdapat gergasi di Bumi pada masa dahulu kala. Ahli-ahli geologi amat kagum dengan penemuan bekas tapak kaki gergasi ini yang berada dalam batuan granit kasar, iaitu kira-kira 4 kaki panjang.

Ia terletak di Afrika Selatan, berhampiran bandar Mpaluzi, berhampiran dengan sempadan Swaziland. Ia adalah dianggarkan antara 200 juta dan 3 bilion tahun berdasarkan pemahaman yang sedia ada sekarang hasil daripada pembentukan granites dalam pembentukan Bumi.






Pada tahun 1877 pencari gali di luar Eureka Nevada mendapati kaki manusia yang terputus ditemui melekat daripada batu kuarzit pepejal merah yang berasal dari masa dinosaur. Doktor-doktor perubatan telah mengkaji tulang dan menyatakan bahawa ia telah dimiliki oleh seorang manusia yang sangat moden. Yang menarik adalah saiz tulang. Mereka mengukur kira-kira 39 inchi dari tumit ke lutut. Pemilik tulang ini mungkin berukuran 12 kaki tinggi. Cerita ini banyak disiarkan dalam akhbar-akhbar masa itu.

Di Nevada, di wilayah Barat Daya Amerika Syarikat, satu puak asli iaitu Paiute Indians yang tinggal disitu menceritakan terdapat kumpulan gergasi berambut merah dengan ketinggian melebihi 12 kaki tinggal disitu sebelum puak itu mendiami kawasan itu. Gergasi-gergasi ini suka makan manusia dari puak Paiute dan ini menyebabkan puak Paiute menyerang hendap gergasi-gergasi itu. Gergasi-gergasi itu mendapat perlindungan di sebuah gua yang dikenali sekarang Gua Lovelock. Akhirnya, puak Paiute membakar gua tersebut dan memanah mati gergasi-gergasi itu.

Pada tahun 1911, pemungut tahi kelawar mula bekerja di dalam gua yang sama. Selepas menggali empat kaki, mereka mendapati banyak anak panah patah telah dilepaskan ke dalam gua itu sepertimana yang diceritakan oleh puak Paiute serta lain-lain artifak menarik, dan mereka juga menemui gergasi berambut merah. Walaubagaimanapun, hanya terdapat mumia dan rangka antara ketinggian dari 8 hingga 11 kaki.



Terpulang kepada anda untuk membuat perbandingan ketinggian berdasarkan salah satu gambar tulang rahang gergasi dan rahang gigi seorang lelaki biasa.

Gambar National Geographic dari tahun 1920-an

 
 

Roy Chapman Andrews mengambil gambar lelaki 7 kaki lima inci ini pada tahun 1922 di Ulaanbaatar. Gambar ini tidak pernah disiarkan dalam berita ataupun majalah.

 
 
 
 kisahkisahmisteridunia.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...