Pemain bola sepak profesional dan hafiz Al-Quran |
Luar biasa. Itulah kata
yang tepat bagi pemain tengah Arsenal dan Perancis, Abu Diaby. Tidak
hanya mahir mengawal bola dan memberi umpan kepada rakan pasukan dalam
bola sepak, Diaby juga dikenali sebagai penganut Islam yang taat
menjalankan ibadahnya sebagai seorang muslim. Mengagumkannya lagi, Diaby
juga tercatat sebagai seorang hafidz penghafal al-Quran.
Dalam akaun twitter,
salah satu pengajar Ebrahim Collage di London, Mufti Muhammad, @
Mufti_Muhammad memberitahu bahawa pemain tengah yang tengah bersinar di
kelab gergasi London Arsenal itu sudah menghafal 19 juzuk Al-Quran. Bagi
Diaby, kunjungan ke Ebrahim Collage adalah perkara biasa. Sebab dia
berasa selesa berada dalam komunitinya.
"In conversation with
Arsenal Footballer Abu Diaby @ Ebrahim college dinner tonight, who s
memorised 19 ajza of Qur'an! (Dalam perbincangan dengan pemain Arsenal
Abu Diaby di Ebrahim Collage semasa makan malam, seorang pemain bola
sepak yang hafal 19 juz al-Quran) kata Mufti Muhammad kepada Diaby.
Diaby juga disebut-sebut
sebagai salah seorang penderma di sebuah sekolah Islam terkenal di
London. Di Ebahim Collage juga mendidik dan membimbing mualaf yang ingin
mengenal lebih jauh ajaran Islam.
Dia juga aktif di pelbagai acara sosial, seperti malam amal untuk etnik Muslim Rohingnya.
Diterjemah dari sumber islampos
Diterjemah dari sumber islampos
Tiada ulasan:
Catat Ulasan