Satu kisah benar
seorang perempuan yang bermimpi mengenai mati dan diazab di dalam
kubur.... dan skrg telah mendapat petunjuk dari Allah.
satu
malam aku tidur dan bermimpi sudah menjadi mayat...masa sakaratul maut
memang menyakitkan dan roh ku tetap berdiri disebelah jasad dan menangis
mengenangkan nasib dah menjadi mayat menyesal dan takut.....aku melihat
jasad ku dimandikan dan dikapankan.....dan dihantar untuk disolatkan
selepas aku sudah tiada disitu sampai dikebumikan.... aku mendengar
talkin dibacakan....dan selepas 7 langkah terakhir suami ku meninggalkan
kubur ku....lalu datanglah malaikat (tapi aku tak nampak malaikat tu
tapi hanya dengar suaranya je) menyoalku dengan baik dalam bahasa arab
aku faham soalan yang diajukan....(dialam kubur... Allah akan memberi
kefahaman untuk memahami bahasa arab yang disoal malaikat)
tapi tak tau
apa nak dijawab mulut ku pula tertutup rapat seperti digam dan aku
sebenarnya nak bagi tau yang aku tak tau jawapannya....masa tu aku
dipukul dengan tali yang daripada petir dan kilat....aku dipukul sampai
hancur dan jatuh daging dari jasad dan terbenam dalam tanah tempat ku
duduk (masa malaikat soal aku sedang duduk bukan baring) lalu malaikat
menarik rambut ku keluarkan dari dalam tanah yang terbenam dan tercantum
semula daging yang hancur tadi tapi sakit dan perit sekali memang tak
dapat dilupakan.....aku nangis menjerit kesakitan sambil menyebut Allah
hu akbar sakitnya kenapa aku siksa macam ni sedangkan semasa aku hidup
aku taat pada perintah allah dan suami (masa itu tiba-tiba mulut ku
boleh berkata).......
Pada masa tulah aku dengar suara malaikat yang
menakutkan itu bagi tau kamu memang taat pada suami.....dan kamu memang
solat adakah solat kamu benar2 ikhlas dengan Allah...dan kamu tak pernah
dakwah dengan jiran2 ,sedara2,adik beradik walaupun kamu tahu mereka
buat dosa dan mereka tidak menutup aurat dengan sempurna....dan lalai
dari mengingati allah....(barulah aku sedar dengan dosa yang aku
lakukan..... (dan teringat pula di dunia masa aku tengok tv dan bila
mendengar azan aku fikir solat boleh qadak kerana cerita di tv belum
habis nanti tak tau pula kesudahannya....dan terkadang aku fikir baru je
solat nak solat lagi....dan rajin dengar radio mencari hiburan didunia
yang melalaikan).....
pada masa diazab aku merayu untuk dihidupkan
kembali dan aku memanggil ya Allah ampunkan dosa ku aku tak tau pasal tu
semua, kalau aku tau aku tak buat.....ya Allah hidupkanlah aku 1 kali
je lagi aku janji takkan lalai lagi....dan aku dipukul untuk kali ke2
dengan soalan yang sama dan aku tetap merayu tanpa jemu kerana tak tahan
dengan siksaan kubur ku....malaikat berkata dengan suara yang
menakutkan semua ahli neraka minta perkara yang sama iaitu minta
dihidupkan semula tetapi tidak akan dilayan kerana didunialah tempat
menentukan segalanya....aku tetap merayu....selepas itu aku terdengar
satu suara beritahu bagi kesempatan sekali lagi untuknya....dan ketika
itu malaikat memukul ku lalu aku tercampak dari kubur ku yang meletup
dengan kain kapan yang masih berdarah......
aku tersentak bangun dari
tempat tidur dan aku terasa tubuh ku seperti baru di tuang air panas
dasyat sekali walaupun mimpi tetapi terasa seperti benar2 terjadi....aku
menangis tanpa henti2...dan memohon keampunan dari allah keatas dosa
yang telah aku lakukan..... selepas tu aku mejalani kehidupan seperti
biasa tanpa rasa apa lagi iaitu masih tengok tv dan dengar radio...masa
aku sedang tengok tv satu suara tanya dengan ku dimana janji kamu aku
tersentak dan terus matikan tv dan beristifar.....malam tu aku bermimpi
suara tu suruh aku tepati janji ku masa dialam barzakh....
Tidak lama
selepas mimpi itu saya kini dapat mendengar suara malaikat yang akan
menegur saya jika membuat salah dan akan menasihati saya bila ada
kemuskilan.. sebagai contoh, saya lengahkan solat, suara tu akan
ingatkan balik janji dari dalam kubur, jika lalai dan lagha, suara tu
akan sound supaya tidak lagha.., bila di tanya suara siapakah ini?, maka
suara itu mengaku bahawa dia adalah malaikat dari alam hakikat dan
dipesan supaya jangan lalai.. maksud lalai aku dilarang tengok tv dan
dengar radio kerna itu hiburan dunia yang kita asyik sekali sampai lupa
Allah....esoknya radio aku didapur aku buang dan hifi aku pula tiba2 tak
boleh mendengar siaran radio(Allah sentiasa kasihkan hambanya supaya
tidak lalai mendengar radio) cuma boleh mainkan cd je hifi tu,dan lepas
itu aku menggunakan hifi itu untuk mendengar nasyid...kerana aku fikir
takpelah boleh dengar nasyid dan suara tu tetap ingatkan ku… boleh
dengar nasyid yang memuji Allah dan zikir....
lebih eloknya zikir sendiri
bukan dengar radio ikut zikir....dan disuruh menutup yang sebenar2
aurat dengan sempurna dan disuruh membaca tafsir alquran sebenar2 firman
allah dan hadith rasullullah untuk berdakwah bukan main ikut suka hati
nak berdakwah ikut hadith yang tak sahih...
Antaranya:-
-
saya bukan di utus untuk berdakwah(diutus hanya untuk para nabi dan
rasul), tapi di perintah oleh Allah untuk berdakwah dan dipesan kepada
saya bahawa dosa saya tetap akan dihisab dan saya hanyalah sebagai
manusia biasa yang diberi peringatan oleh Allah untuk khabarkan apa yang
diperlihatkan oleh Allah kepada saya untuk disampaikan kepada ummat
Muhammad sebelum terlambat.
-
kita semua juga disuruh berdakwah antara satu sama lain dan disuruh
menyayangi umat Nabi Muhammad seperti Nabi Muhammad menyayangi umatnya.
-
Alif Lam Min bermaksud, Alif untuk Allah, Lam untuk Jibrail, Mim untuk
Muhammad.bermaksud kitab ini daripada Allah diturunkan kepada jibril dan
diwahyukan kepada nabi muhammad s.a.w. kitab ini alquran tidak ada
keraguan padanya jadi petunjuk bagi orang2 yang bertakwa.
-
Alif Lam Raa bermaksud, Alif untuk Allah, Lam untuk Jibrail, Raa untuk
Rasulullah.bermaksud kitab ini daripada Allah diturunkan kepada jibril
dan diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. Itulah ayat ayat kitab yang
terang. Sesungguhnya telah kami turunkan quran dalam bahasa arab, mudah
mudahan kamu memikirkannya.
-
Alif Lam Min Raa bermaksud, Alif untuk Allah, Lam untuk Jibrail, Mim
untuk Muhammad, Raa untuk Rasulullah bermaksud kitab ini daripada Allah
diturunkan kepada jibril dan diwahyukan kepada Muhammad Rasulullah
s.a.w. Itulah ayat ayat kitab apa apa yang diturunkan kepada engkau
(Muhammad s.a.w) dari tuhanmu adalah benar. Tetapi kebanyakkan manusia
tiada mahu beriman.
-
Doakan orang islam yang telah meninggal dunia didalam kubur supaya di
ampunkan oleh Allah, termasuk dosa syirik.(dosa syirik yang dimaksudkan
adalah syirik kecil yang tak disengajakan seperti pantang-pantang yang
dicipta manusia(contoh org mengandung tak boleh duduk depan pintu,makan
ubat... dan percaya ubat boleh baikkan sakit - dan semua yang mengenai
bid`ah dan syirik kerana mereka tidak yakin pada Allah iaitu qadaq dan
qadar Allah... pasal syirik dan bid`ah ni siksaan tentang ini amat
pedih) dan disuruh minta ampun pada Allah atas dosa syirik kecil untuk
org yang meninggal dunia adalah kerana mereka telah meninggal dunia dan
tidak akan dapat kembali lagi kedunia untuk bertaubat... oleh itu kita
disuruh beramai ramai mendoakan atas kesalahan yang tidak disengajakan
itu.... dan diberi peringatan bahawa tugas kita hanyalah mendoakan
sahaja dengan ikhlas dan tidak boleh berharap dan tugas Allah yang
mengampuni semua dosa tak tersengaja oleh ahli kubur islam itu....Dosa
yang menyekutukan Allah (syirik yang besar) Allah memang tak akan
ampunkan.... (contoh... seperti yang semua sedia maklum yang sudah
diketahui oleh semua org) Seksaan Allah amat pedih bagi yang engkar
dengan perintah Allah.
-
Dan disuruh mengikut sebenar benar cara Rasulullah s.a.w buat.... dan
diperingatkan bahawa umat akhir zaman ini belum tentu dapat masuk syurga
kerana manusia skrg ini dah semakin jauh dari ajaran islam yang dibawa
Rasulullah s.a.w dan terlalu ke arah hiburan yang melalaikan dari
mengingati Allah dan tidak sama dengan apa yang diajarkan Nabi Muhammad
s.a.w....(maksudnya disuruh mengikuti sunnah rasulullah 100% dengan
banyak berzikir dan mengingati Allah setiap masa untuk mencapai kejayaan
di akhirat tanpa hiburan yang melalaikan dan melekakan daripada
mengingati Allah)
- Tidak boleh bunuh orang kapir sewenang-wenang.
- Banyakkan baca Tafsir Al-Quran(maksudnya membaca quran sambil mengetahui maksudnya), dan berhati hati merujuk hadith.
-
Kerahmatan Allah mendahului Kemurkaan Allah.dan kiranya sesiapa
bertanya tentang ku (Allah) katakanlah aku terlalu hampir dengan mereka.
- Disuruh
mendidik anak dengan islam yang sebenarnya bermula dari kecil dan
disuruh mengajar anak tentang kasih sayang Allah terhadap hambanya.
-
setiap kali kita berdoa haruslah ditambah "Dengan Rahmat Allah"
(seperti contoh... Ya Allah ampunkanlah dosaku dengan rahmatmu Ya
allah....)
-
Sekira kamu ditimpa musibah dan sakit berdoalah kepada Allah supaya
diampunkan dosa kamu... bukan diminta "baikkan" sakit atau mengeluh....
kerana dengan rahmat Allah.... setiap sakit dan musibah itu adalah satu
penghapus dosa didunia untuk hamba2nya...
-
Seorang manusia yang melalaikan manusia yang lain daripada mengingati
Allah akan di azab dengan teruk. siksaan Allah amatlah pedih sekali.
dengan kehendak Allah juga saya juga telah diperlihatkan tentang siksaan
azab kubur melalui mimpi bagi orang yang melalaikan org lain daripada
mengingati Allah.... yang mana kubur mereka amat sedih sekali saya
melihat siksaan kuburnya yang terbakar dengan api yang membakar dan
dipukul dengan azabnya sehingga berdarah darah.... sebagai peringatan
untuk tidak melalaikan manusia lain daripada mengingati Allah... seperti
contoh untuk tidak mengaibkan nama sesiapa cukuplah saya memberitahu
ianya adalah pelakon, penyanyi, dj yang telah meninggal dunia tanpa
sempat bertaubat kepada Allah dan semua manusia yang melalaikan manusia
lain dari mengingati Allah...
saya amat kasihan sekali melihat mereka
kerana mereka bermohon kepada Allah agar diampunkan dosanya dengan kata
kata "Ya Allah ampunilah aku, kembalikan lah aku kedunia agar aku dapat
bertaubat,ampunkan dosa aku kerana aku telah melalaikan ramai manusia
daripada mengingatimu Ya Allah kerana aku tidak tahu dan aku fikir itu
hanyalah sekadar hiburan dan bukanlah dosa besar" bagi yang telah
membaca kisah ini... saya merayu kepada semua untuk mendoakan mereka
semua dengan ikhlas kepada Allah agar dengan rahmat Allah mereka semua
diampunkan dosa dosa kecilnya bagi meringankan azab kubur mereka.(cuba
bayangkan diri saudara dan saudari sekalian berada ditempat mereka skrg
ini… kasihanilah mereka dengan mendoakannya)
-
Dan diberitahu kepada saya juga... bagi pelakon, penyanyi atau seperti
contoh diatas yang telah meninggal dunia... selagi manusia skrg ini
menonton filemnya selagi itulah mereka kena azab dan dosanya semakin
banyak seramai manusia yang menontonnya atau menyanyikan nya... ( saya
juga merayu kepada semua org.... jangan lah melihat cerita pelakon dan
penyanyi terbabit yang telah meninggal dunia...(kasihanilah mereka
diazab oleh Allah... mereka telah meninggal dunia dan tidak dapat
kembali ke dunia... doakan lah mereka dengan ikhlas kepada Allah)
-
Apa yang Allah diperlihat kan kepada saya semua ini adalah sebagai
tanda peringatan kepada saya, keluarga saya dan semua manusia. dan saya
tetap manusia biasa dan dipesan kepada saya juga dosa saya juga tetap
akan dihisab dan saya hanya disuruh menyampaikan sahaja kepada semua
hambanya apa yang disuruh malaikat atas perintah Allah s.w.t seperti
Firman Allah ini :
Wahai
Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami (Muhammad
s.a.w) yang menerangkan kepada kamu (akan syariat Islam) ketika
terputusnya (kedatangan) Rasul-rasul (yang diutus), supaya kamu tidak
(berdalih) dengan berkata (pada hari kiamat): Tidak datang kepada kami
seorang pun pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran (yang
mengingatkan kami). Kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang
pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran dan (ingatlah) Allah
Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (surah maidah ayat 19)
-
Disuruh meyampaikan kepada semua wanita termasuk saya sendiri bahawa
tidak boleh menggunakan tudung bentuk v kerana boleh menampakkan
perhiasan dada wanita dari tepi (maksudnya apa sahaja tudung yang nipis
atau selendang) dan disuruh memakai tudung bulat hingga menutupi semua
bentuk perhiasan dada wanita dan wajib taat pada perintah Allah agar
berjaya diakhirat.
-
Tidak boleh melengahkan solat dan disuruh menyuruh hambanya agar
menjaga solatnya.(maksudnya hendak atau tidak disuruh juga solat kerana
Allah akan membayar segalanya pada akhirat nanti)
- Kasih Sayang Allah amat besar mengatasi kemurkaannya.
-
Allah akan tujuki Kepada sesiapa yang Allah kehendaki(bermaksud Allah
lebih mengetahui isi hati manusia apakah mereka ikhlas kepada Allah dan
cintakan Allah) dan Allah tak pernah pilih kasih terhadap hambanya.
- Jangan berdakwah tentang ancaman semata mata.katakan Allah maha pengasih dan pengampun.
-
Khabarkan kepada pendosa bahawa tiada dosa yang tidak dapat Allah
ampunkan, sesungguhnya Allah Maha pengampun ,maha penyayang lagi maha
mengasihani hambanya asal kamu bertaubat.(seperti PERUMPAMAAN bukan
PERSAMAAN ... jika kamu mempunyai anak dan kamu kasihkan anak kamu...
tidakkah kamu terfikir bahawa Allah yang menciptakan kita dan Allah
lebih menyayangi hambanya melebihi 70 kali ganda dari seorang ibu atau
bapa menyayangi anaknya. (seperti dalam satu hadis rasulullah s.a.w ada
menyatakan tentang 70 kali ganda kasihnya Allah terhadap hambanya)
-
Janganlah riak dengan amalan kita dan disuruh membimbing kepada yang
lain. .....dan disuruh rujuk surah albaqarah ayat
137,153,156,157,159,168,186
,208,224,225,257,269,272,
surah al maaidah ayat 16,48,al an'aam ayat 9,16 semua surah ali imran
,surah yusuf ayat105,106,107 surah ar ra'ad ayat
2,11,15,19,20,21,25,26,28,31,37,40, dan banyak lagi surah sebenarnya
tapi tak pelah ini yang memang penting dikongsi bersama....
-
Semasa berita nurin disiarkan suami aku tak kasi anak-anak ku gi kedai
aku pulak memang malas nak keluar....tengah aku susah hati malaikat tu
datang bagitau tak payah susah hati boleh suruh anak kamu gi kedai pastu
berdoalah kat Allah ya Allah aku serahkan anak2 ku dibawah lindungan mu
ya Allah selamatkanlah anak2 ku dengan rahmat mu ya Allah dan suruh
anak2 kamu baca suruh surah an nas dan falaq pergi dan balik tanpa ragu
dan yakin dengan Allah.
-
Dan satu lagi pesan rasulullah dalam mimpi saya (ya ini dari Allah juga
)kalau nak berjaya diakhirat ikutlah petunjuk alquran dan sunnah ku
sunnah Rasulullah......
-
Semua petunjuk yang diberikan adalah untuk menyuruh manusia lain dan
saya sendiri agar mengikuti ajaran islam yang sebenarnya agar mencapai
kejayaan akhirat dan agar tidak menangis di akhirat. Dan Saya juga
berharap agar supaya tidak mempercayai saya kerana mahluk yang
diciptakan Allah memang tiada kuasa langsung tetapi percayalah pada
Allah yang membuat semua ini. Dan semua yang berlaku pada saya hanyalah
kehendak Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Dan mereka
pula bersumpah dengan nama Allah, dengan menegaskan sumpah mereka
bersungguh-sungguh, bahawa sesungguhnya jika datang kepada mereka
sesuatu mukjizat (sebagaimana yang mereka minta itu), tentulah mereka
akan beriman kepadanya. Katakanlah (wahai Muhammad): Bahawa soal
mendatangkan mukjizat-mukjizat itu hanyalah Allah yang menentukannya dan
kamu tidak menyedari (wahai orang-orang Islam), bahawa apabila
mukjizat-mukjizat (yang mereka minta) itu datang, mereka juga tidak akan
beriman. (Surah Al-An`am : Ayat 109)
Dan
kami palingkan hati mereka dan pemandangan mereka sebagaimana mereka
telah tidak (mahu) beriman kepada (ayat-ayat Kami ketika datang kepada
mereka) pada awal mulanya dan Kami biarkan mereka meraba-raba di dalam
kesesatannya dengan bingung. (Surah Al-An`am : Ayat 110)
Dan
jika Kami turunkan malaikat pun kepada mereka dan orang-orang yang mati
(hidup semula lalu) berkata-kata dengan mereka dan Kami himpunkan pula
tiap-tiap sesuatu di hadapan mereka (untuk menjadi saksi tentang
kebenaran Nabi Muhammad), nescaya mereka tidak juga akan beriman,
kecuali jika dikehendaki Allah; tetapi kebanyakan mereka tidak
mengetahui (hakikat yang sebenar). (Surah Al-An`am: Ayat 111)
Ps:
segala bentuk penulisan diambil secara langsung dari kata katanya…
harap diampunkan saya jika tersilap menaip disini dan pada Allah saya
memohon ampun jika saya tersilap.
dan
jika dilihat orangnya... dia teramat mencintai Allah dan Rasulnya...
(macam rabiatul adawiyah pula)... maka tidak mustahil bagi Allah
mengurniakan nikmatnya untuk hamba hamba yang taat padanya.
insya
Allah... jika diizinkan suaminya nanti aku ambik videonya untuk
dimasukkan ke sini... kerana skrg ni kalau dia menceritakan azab yang
menimpanya pasti dia akan menangis... atas sebab itu aku delaykan dulu
sesi pengambarannya....
untuk
tidak mengelirukan mana mana pihak.... disini tidak dinyatakan tentang
malaikat itu... mungkin kerana terlupa menaipnya... sehingga banyak
orang menyangka ini adalah jin islam atau sebagainya yang boleh
menyebabkan syirik dan khurafat kerna yakin selain dari Allah. Perempuan
tersebut mendengar suara malaikat adalah melalui suara hati pada bulan
puasa dan selebihnya selepas bulan puasa banyak daripada mimpi dan
tidaklah nampak wajah malaikat cuma suaranya sahaja dan beliau
menyatakan beliau tidak pernah mendengar melalui telinga.
Perlu
difikirkan juga bahawa azab kubur adalah rahsia... walaupun jin
sekalipun tetap tidak boleh melihat apatah lagi membayangkan... tidak
terfikirkah kamu kenapa perempuan itu dapat melihat azab kubur....
bukankah itu semua atas kehendak Allah yang maha kuasa. dan tidak perlu
percaya jika tidak peraya kerna semua ini akan terjawab apabila semua
orang dihimpunkan diakhirat kelak cuma yang penting fahami maksud yang
hendak disampaikan dan percayalah pada ayat ayat Allah.
sebenarnya
perempuan itu tidaklah berdamping dengan malaikat tetapi pada sebelum
ramadhan dan pada bulan ramadhan yang lalu dapat maklumat sebegitu untuk
disampaikan kepada semua orang... perempuan itu tidaklah melihat rupa
malaikat tersebebut... dan dia juga telah ditunjukkan oleh Allah untuk
mendapat malam lailatul qadar... dia juga mendapat nama Allah yang
keseratus pada bulan ramadhan... semua ini berlaku kerana kehendak Allah
dan malaikat tidak akan sekali kali melakukan tugas sukarela tanpa
arahan dari yang maha kuasa iaitu Allah yang maha kuasa, pencipta,
pemelihara dan penguasa pada setiap mahluknya.
dan
perempuan itu juga mengajar cara untuk mencari keredhaan Allah adalah
dengan ikhlas... dan tidak boleh sesekali berharap dengan harapan yang
tinggi untuk urusan duniawi pada Allah. (itulah ikhlas... kerna jika
mereka2 yang berharap pada urusan duniawi yang mana Allah tidak
makbulkan doa mereka2 semua... pasti mereka mencari jalan lain yang
boleh menyebabkan syirik contoh berjumpa bomoh dan sebagainya).. maka
disini diajarkan... berharaplah dengan harapan yang tinggi menggunung
untuk urusan akhirat iaitu agar diampunkan dosa, agar dijauhkan siksa
kubur, agar jauhkan api neraka, agar dimasukkan ke syurga, agar diterima
amalan.. dan lain lain lagi urusan akhirat dengan berdoa yang sungguh
sungguh.dan dia mengajar supaya buatlah segalanya dengan niat ikhlas dan
hanya kerana Allah ta`ala sahaja.
ini semua bukan direka untuk mencari publisiti atau pun sebagainya....
ini kerana dunia sudah nak akhir zaman... macam macam yang pelik pelik berlaku.....
apapun
perempuan tu sendiri dah bagi tau jangan percayakan dia tapi percaya
lah semua tu berlaku atas kehendak Allah dan percaya pada Allah....
untuk
tidak mengelirukankan pendapat dari mana mana pihak yang mengatakan
ajaran sesat....
sila search kat google... ada dua orang kisah budak
ajaib... yang mana budak ini lahir dari perut orang kristian....
tetapi...
apabila berumur satu tahun setengah dia berkata dengan kata kata ajaib
kepada ibu
bapanya iaitu " APABILA KAMU BERIMAN KAMU AKAN DITERIMA OLEH
ALLAH' dan menyuruh mengikut cara islam yang disampaikan rasulullah
s.a.wdan
satu lagi kisah budak ajaib... berumur 4 tahun mendapat semua maklumat
dari seorang lelaki didalam mimpinya menyeru semua manusia mengikut
syariat rasulullah s.a.w
Inilah Jalan Yang Ditempuh Oleh Ulama-Ulama Sebenar dalam menegakkan Agama Islam.
Imam
Syafie - Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah
dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah
masyarakat.
Imam
Hanafi – Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun
oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan
dasar-dasar pemerintah.
Imam
Maliki- Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya
oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan
dengan kehendak pemerintah.
Imam
Hambali- Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga
hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan
dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul
daripada ulama.
Sufyan
Ath-Thauri- Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara
kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi
sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah
dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.
Said
bin Jubair- Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana
didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot
untuk menjatuhkan pemerintah.
Abu
Yazid Al Bustami- Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah.
Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah.
Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.
Abul Husin
An Nuri- Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir
dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan
minuman arak berleluasa dalam negara.
Imam
Nawawi- Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah
kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga
seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.
dan yang paling sedih kisah Nabi Muhammad s.a.w yang mulia dibaling batu dan dihina di taif dan Nabi pun berdoa :
“Ya Allah, kepadaMu aku mengadu kelemahanku, kekurangan daya upayaku dan kehinaanku pada pandangan manusia..”
“Ya
Allah, Tuhan orang yang di tindas, kepada siapa Engkau menyerahkan
diriku ini? Kepada orang asing yang akan menyerang aku? Atau kepada
musuh yang menguasai aku?”
“Sekiranya Engkau tidak Murka kepadaku, maka aku tidak peduli, namun Afiatmu sudah cukup buatku...”
“Samaada Engkau turunkan KemarahanMu kepadaku atau Engkau Murka kepadaku, kepadaMulah aku tetap merayu sehingga Engkau redha.”
“Tiada sebarang daya untuk melakukan kebaikkan dan tiada upaya untuk meninggalkan kejahatan kecuali dengan (kehendak) MU..”
jika
masih ragu ragu atas semua info ini.... satu sahaja jalannya iaitu
sembahyang dan minta petunjuk dari Allah tentang semua ini apakah benar
atau sebaliknya. sesungguhnya hanya Allah sahaja yang maha mengetahui.
dan
satu lagi bila berdoa... berdoalah dari hati kita terus kepada Allah
dalam redha, tawadduk dan ikhlas kepada Allah kerna tiada satu mahluk
pun dapat mengetahui isi hati melainkan hanyalah Allah sahaja. dan jika
berdoa menggunakan suara maka syaitan dan jinlah yang akan membuat
pelbagai soalan sehingga menuju kearah kesesatan yang nyata.INGATLAH
HANYA ALLAH SAHAJA YANG MAHA BERKUASA TERHADAP SEGALA SESUATU.
dan telah kita ketahui.... sabda rasulullah bahawa.... dalam 73 puak hanya satu yang sampai....
bermakna dalam anggaran 1000 orang hanya satu manusia yang berjaya masuk ke syurga...
mahatera.blogspot.
MindaRakyat Tidak dikemaskini, sila ke 1 Media - https://www.1media.my/
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan