10 Kunci Persahabatan
* Pilih orang yang
mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan,
tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai
persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.
- Ingatlah
pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain
sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang
lain,orang lain akan menghormati anda juga.
- Sedarlah
bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat
aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah
kunci persahabatan yang baik.
- Hargai pendapat satu sama lain.
- Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.
- Komunikasi
sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda.Sekiranya
ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.
- Jangan
biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan
persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan
perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk
melepaskan perasaan dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk
mendengar luahan perasaan mereka pula.
- Belajar daripada satu sama lain.
- Jangan mengata di belakang kawan anda.
- Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.
ulumdinniah92.blogspot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan