Cara senang untuk dapatkan pahala walaupun selepas mati...
Pasang kipas di surau/masjid walaupun 1, setiap kali orang guna, anda dapat pahala walaupun selepas mati
- Derma kerusi roda di hospital. Setiap kali pesakit guna, anda akan dapat pahala,.Lagi
- Beri baju kepada orang, setiap kali orang pakai, anda dapat pahala.
- Beri makanan kepada orang, anda dapat pahala selagi makanan itu menjadi darah dagingnya.
- Menyampaikan ilmu yang bermanfaat, selagi mereka mengamalkan, pahala anda tetap ada.
- Kongsi mesej ini kepada orang ramai, walaupun 1 tolong kongsikan kepada orang, anda akan dapat pahala sebab anda telah berdakwah untuk sampaikan ilmu....
Dari
Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Apabila seorang
anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah
atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh
yang berdoa untuknya.”
(Hadith Sahih – Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
“Sedekah jariah” ialah harta benda yang diwaqafkan kerana Allah Taala, seperti:
(1) Mewaqafkan sebuah kebun bersama hasil tanamannya untuk kebajikan
umum. Atau mewaqafkan sebidang tanah untuk menjadi tapak masjid, surau,
rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya
(2) Mendirikan – atau berkhairat ala kadarnya untuk mendirikan masjid surau, rumah anak yatim, madrasah, sekolah dan sebagainya
(3) Mendirikan rumah waqaf untuk kaum kerabat sahaja atau umum untuk orang-orang miskin yang memerlukan tempat berteduh atau untuk disewakan dan hasilnya dikhairatkan untuk kebajikan umum
(4) Mendirikan rumah “musafir khanah” untuk persinggahan orang-orang musafir yang memerlukannya
(5) Dan lain-lain lagi yang termasuk dalam amalan yang diredhai Allah seperti mendirikan hospital dan kutub khanah, mencetak al-Qur’an dan kitab-kitab Islam serta buka-buka pengetahuan yang berguna dan sebagainya.

http://rossacalla.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan