Melahirkan kembar memang menjadi idaman setiap pasangan, lebih lebih
lagi apabila melihat pasangan lain yang mempunyai anak kembar yang cukup
comel, timbul keinginan dan iri yang kuat untuk sama menikmatinya tapi
tahukah anda memiliki anak kembar tidak semudah yang disangka dan
meletakkan kandungan anda sebagai kehamilan berisiko.
FAKTA KELAHIRAN KEMBAR YANG PERLU ANDA TAHU
Berikut adalah fakta-fakta yang anda perlu ketahui tentang kelahiran kembar.
Kembar seiras berasal dari satu telur yang tersenyawa dengan 1
sperma. Mereka akan mempunyai jantina yang sama dan rupa yang sama.
Kembar tidak seiras pula berasal dari telur-telur yang disenyawakan oleh
sperma yang berbeza. Ia mungkin mempunyai jantina yang berbeza atau
sama Ubat kesuburan menambahkan risiko mendapat anak kembar.
Clomid memberikan 10% risiko manakala Gonal F memberikan risiko 30%.
Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk lahir pra-matang,
keguguran dan kejadian bayi cacat. Bayi selalunya mempunyai berat badan
yang lebih kecil semasa dalam kandungan dan selepas lahir.
Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk kematian bayi dalam
kandungan, samada salah satu atau keduanya berkemungkinan berpunca dari
masalah uri, tali pusat terbelit, kecacatan dan lain-lain. Vanishing
Twin adalah istilah yang digunakan untuk mengambarkan kandungan kembar
yang tiba-tiba hilang dan menjadi satu.
Ia selalunya terjadi pada awal kehamilan iaitu 6-7 minggu dan cuma
dikesan melalui ujian ultrasounds. Ibu yang hamil anak kembar lebih
berisiko untuk mengalami PRE-ECLAMPSIA, satu keadaan penyakit darah
tinggi yang serius dan juga masalah kencing manis.
Disebabkan oleh uri yang lebih besar, ibu lebih berkemungkinan untuk
mendapat Placenta Previa, satu keadaan dimana uri berada pada kedudukan
bawah yang boleh meberikan pendarahan faraj semasa hamil. Ibu sering
mendapat ‘ morning sickness yang berganda dari biasa dan sakit sakit
semasa hamil yang lebih kerap dan teruk dari kandungan biasa.
Peluang hamil kembar menjadi tinggi sekiranya anda mempunyai saudara
terdekat yang mempunyai anak kembar. Hamil kembar bermakna ibu hamil
kembar perlukan lebih pemakanan vitamin dan zat dari kandungan tunggal
kerana anda akan lebih kerap mendapat anemia iaitu masalah kekurangan
sel darah merah.
Anda lebih berisiko untuk menjalani pembedahan ceasarean kerana bayi
kembar lebih cenderung berada dalam kedudukan tidak normal kerana saiz
yang lebih kecil. Ibu kembar lebih kerap mendapat risiko tumpah darah
selepas melahirkan samada kelahiran melalui caesarean mahupun kelahiran
normal.
http://blogfyna.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan