Jumaat, 8 Februari 2013

Info Menarik - Gula gula Getah Mampu Tingkatkan Tahap Kecerdasan


Satu kajian terbaru menemui bukti saintifik yang menyokong slogan iklan mendakwa bahawa gula-gula getah mampu mempercepatkan tindak balas dan meningkatkan kecerdasan.
 
Penyelidik dari Institut Kebangsaan Radiologi Sains di Jepun dan beberapa pusat lain mendapati bahawa masa tindak balas meningkat 10 kali lebih cepat ketika mengunyah gula-gula getah manakala sekurang-kurangnya lapan kawasan berlainan di dalam otak akan terbabit aktif, lapor The Independent.
 
 
 
 
Satu teori mendapati bahawa mengunyah akan meningkatkan rangsangan dan membawa kepada peningkatan sementara aliran darah ke otak, yang membantu menerangkan mengapa ia digunakan secara meluas di kalangan pengurus pasukan bola sepak yang berjaya antaranya termasuk pengurus pasukan Manchester United, Sir Alex Ferguson.
 
Sukarelawan di dalam uji kaji terbabit diuji ketika mereka mengunyah dan tidak mengunyah gula-gula getah. Gula-gula getah yang digunakan tidak berperisa untuk mengelak daripada gangguan.
 
Otak lelaki dan wanita turut diimbas dengan Pengimejan Resonans Magnetik fungsi (fMRI) untuk melihat kawasan mana yang paling aktif.
 
Dalam ujian 30 minit membabitkan sukarelawan menekan satu butang pada ibu jari kanan atau kiri mereka berdasarkan arah satu anak panah pada skrin di hadapan mereka. Satu ujian lebih sukar berbanding yang lain. Ketika kedua-dua ujian, kadar kecerdasan dan masa tindak balas diukur. - Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...