Khamis, 7 Februari 2013

Ketahui Perbezaan Minyak Zaitun


 

Dalam masakan barat, khususnya masakan Mediterranean, minyak zaitun selalu digunakan. Apabila membaca resipi masakan barat, ada yang menggunakan minyak zaitun ‘light’ (ringan), ‘virgin’ (dara) dan ‘pure’ (tulen).





Terdapat perbezaan dalam penggunaan minyak zaitun ini. Light olive oil merujuk kepada minyak zaitun yang warnanya lebih jernih dan rasa yang tidak terlalu kuat. Minyak zaitun ini mempunyai tahap asap yang tiggi, dan sesuai digunakan untuk menumis atau menggoreng pada suhu panas.

Minyak zaitun tulen atau pure olive oil juga boleh digunakan untuk menumis dan menggoreng, tetapi pada suhu sederhana.

Manakala virgin olive oil pula paling baik digunakan untuk hidangan-hidangan yang tidak dimasak seperti salad dan bahan perapan.
sajionline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...