Isnin, 11 Februari 2013

Pengayak Berani Mati

Kecut perut kita memandang dari sini, kecut lagi perut mereka yang memandang sendiri kat sana. Tapi, mereka bertiga ni masih ada rasa gayat lagi ke? Dah bertaraf profesional kayakers.. Mungkin perasaan gayat tu mereka dah imune (lali) dah kot. Yelah.. Kalau asyik gayat je memanjang, macam mana nak ceburkan diri dalam bidang extreme seperti ini kan.
 
 
 

Mereka yang Abang Bisu maksudkan ini ialah Encik Steve Fisher, Dale Jardine ; kedua-duanya dari Afrika Selatan dan Sam Drevo dari Amerika Syarikat. Bertempat di Air Terjun Victoria, Zimbabwe.. Mereka menyahut cabaran lasak alam semula jadi Zimbabwe dengan mengharungi arus deras sungainya.

Persoalan yang timbul.. Adakah mereka turut sama terjun ke bawah bersama air terjun setinggi 350 kaki ini?  [Dah namanya sukan extreme, terjunlah sekali ke bawah sana kan.. (^_^)]. Kerja extreme seperti itu tidak sanggup mereka lakukan kerana ''memikirkan air terjun boleh cari lagi tetapi nyawa siapa boleh ganti''. HOho !! Layani koleksi gambar-gambar extreme yang diambil oleh Photographer Desre Tate.


Sumber : Mirror.co.uk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...