Selasa, 5 Februari 2013

Resepi - Ketam Goreng Sos Cili

Img1424a

selain masak lemak cili api/sup pedas/tom yum talay/ tom yum nam khon, ni le slh satu resepi masakan ketam yg paling dayang gemari. Berminat? cubalah resepi ni...






 Bahan-bahan ( 3-4 orang )
  • 1/2 kilo ketam segar (ape2 jenis, kalau pilih ketam bunga, pilih le yg betina sb byk isi)
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 biji bawang putih (dikisar)
  • 1-2 sudu besar cili kisar
  • 4 sudu besar sos cili
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1 cams serbuk kunyit
  • 1 sdt perahan asam jawa
  • 1 sudu makan sos tiram
  • garam dan gula secukupnya
  • sedikit minyak utk menggoreng

Cara-cara

  1. Bersihkan ketam. Perapkan dgn serbuk kunyit dan garam selama 10 minit. Kemudian digoreng di dalam kuali sehingga separuh masak.
  2. Keluarkan ketam dari kuali. Gunakan minyak lebihan td utk menumis bahan2 yg tlh dikisar. Tumis sehingga terbit bau.
  3. Masukkan sos cili, sos tiram, dan sedikit air. Kacau rata2. Kemudian masukkan ketam dan kacau lg. Akhir sekali, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
  4. Siap utk dihidangkan
  5. myresepi

1 ulasan:

  1. saya ikut resipi ini....saya masak sempena hari ibu,,,,,utk yg kita sayangi terima kasih :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...