Taman Negara Tasik Plitvice yang terletak
di Croatia. Ianya merupakan taman negara terbesar di Croatia dan antara
yang tertua di Eropah Selatan. Terdapat 16 buah tasik semula jadi di
taman negara ini dan kecantikannya menjadi tarikan pelancong dari
seluruh dunia. Sejak dibuka pada tahun 1949 puluhan jutaan pelawat sudah
melihat keindahan semula jadi tasik-tasik Plitvice. Tahun lalu sahaja
lebih 1.2 Juta orang melawat Plitvice. Pada tahun 1979 ianya disahkan
sebagai antara Tapak Warisan Semulajadi Dunia. Jika anda ke taman negara
seluas 296.85 kilometer persegi ini, anda boleh melihat tasik dengan
warna biru yang jernih. Ketika musim sejuk sebahagian air terjunnya akan
membeku. Sila masukkan tempat ini dalam list vacation anda!
Laporan asal MyModernMet/pen patah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan