Rabu, 8 Oktober 2014

Ciptaan Terkenal Yang Salah di Kreditkan

Bila tengok Astro tak sah kalau tak tengok cerita ‘Pawn Star’ atau ‘The Pickers’. Itu memang favorite rancangan aku. Kekadang kagum hanya dari barang ‘terbuang’ boleh rolling balik jadi duit.

Di  Malaysia ‘The Pickers’ dah boleh di ibarat dengan bahasa kasarnya ‘keling botol’. Cuma berbeza sikit, barang yang di kutip di pilih berdasarkan nilai sejarahnya tersendiri.

Kalau dah nama sejarah, setiap barang mesti ada asal usulnya. Satu lagi rancangan yang aku suka tengok ialah ‘The New Inventors’. Bagi yang tak tau boleh buka Discovery Sciene dekat Astro Channel 554.

Rancangan ini memaparkan pereka-pereka baru. Kebanyakkan ciptaan-ciptaan baru atau alatan yang di gubah semula bertujuan memudahkan urusan umat manusia.

Banyak  pelopor kepada ciptaan-ciptaan terkenal yang hebat. Di mana sehingga ke hari ini kita masih gunakannya. Berterima kasih kepada mereka.

Tapi sebelum itu, ada ciptaan yang terlupa atau tersalah kredit kepada penemu idea asalnya. Apakah ia?




# 7. Teleskop
Untuk tentukan tarikh puasa, bagi orang Islam mestilah mengetahui ada ke tak anak bulan. Kalau nampak anak bulan barulah di bolehkan berpuasa.

Bagi pandangan mata kasar (rukyah) mungkin sukar untuk melihat anak bulan. Tapi salah satu cara berkesan adalah dengan menghitung melalui hisab (pengamatan astronomi). Kaedahnya dengan menggunakan peralatan Teleskop.

Tahukah korang apakah Teleskop atau Teropong? Teleskop sebenarnya berkeupayan memaparkan sesuatu imej yang jauh dengan lebih jelas. Ianya berfungsi melalui gelombang elektromagnetik.
Penemuan asalnya adalah daripada Hans Lippershey pada tahun 1608. Kemudian barulah Galileo Galilei menaiktarafnya.

# 6. Radio
Bagi yang belajar pasal Teori Medan Elektromagnet pasti tahu unit SI untuk ketumpatan fluks magnetik ialah Tesla (T).

Dengan penemuan gelombang elektromagnet ini oleh Nikola Tesla, maka menemuilah pelbagai jenis lagi variasi gelombang, antaranya ialah gelombang radio. So, dari situlah asal usul sebuah radio.

Penemuan ini diperluaskan lagi oleh Guglielmo Marconi. Setelah di inovatifkan secara komersial, akhirnya, lahir sebuah syarikat Sistem Isyarat dan Rangkaian Radio Telegraf di Britain.

Oleh itu, tak hairanlah penemuan radio di kreditkan kepada Guglielmo Marconi berbanding Nikola Tesla.

# 5. Kapal Terbang
Kalau baca sejarah penemuan kapal terbang di sekolah, pasti nama adik-beradik Wright, Orville dan Wilbur antara pelopor asalnya.

Sebenarnya, lagi tepat kalau kata petani dari New Zealand, Richard Pearse adalah pelopor idea bidang penerbangan.

Adik beradik Wright telah menerbangkan pesawat pertama 9 bulan selepas Richard Pearse mendaratkan sebuah mesin dari udara. Tetapi penemuan itu tak di patenkan oleh Pearse.

Kesempatan tersebut di ambil adik beradik Wright terlebih dahulu untuk beritahu kepada umum. Kesudahannya, mereka berdua lebih di kenali ramai.

# 4. Mentol Lampu

Sekarang terdapat pelbagai variasi lampu. Tapi mentol lampu jenis pijar dah jarang di gunakan.

Kebanyakkan lampu dari jenis pendaflour, halogen, xenon, neon atau LED lebih jadi pilihan. Ini kerana ianya lebih menjimatkan tenaga dan cahayanya lebih terang.

Era lampu bermula dengan penemuan pelbagai jenis logam alkali, klorin dan iodin oleh Sir Humprey Davy pada tahun 1802. Penemuan alkali tersebut di experimen lagi melalui teori kimia sehinggalah terciptanya Davy Lamp.

Pada masa itu Davy Lamp digunakan oleh pelombang-pelombong untuk bekerja di dalam situasi persekitaran yang bergas dan mudah terbakar.

Selepas itu, Thomas Alva Edison pula mula berexperimen dengan idea asal lampu pijar (incandescent) dari Davy. Hasilnya, terciptalah sebuah mentol lampu elektrik yang menggunakan haba wayar filamen dari aruhan elektrik untuk menghasilkan cahaya.

# 3. Automobil

Karl Friedrich Benz merupakan orang pertama yang memperkenalkan kenderaan berkuasa petrol. Kalau nak tahu asal usul nama automobil Mercedes-Benz, jurutera dari Jerman inilah pengasasnya.

Karl Benz mempatenkan semua proses Internal Combustion Engine (pembakaran bahan bakar dalam enjin) pertamanya pada tahun 1879. Di mana dia menggunakan minyak sebagai medium pembakaran.

Pembakaran minyak kemudian dioksidakan dengan udara untuk menghasilkan gas yang menjana tenaga. Maka dari situlah terhasilnya kereta roda tiga (Motorwagen) pertama berkuasa petrol.

Pada tahun 1896, barulah pengasas syarikat Ford, iaitu Henry Ford merevolusikan semula industri automobil. Akhirnya, tercipta pula kereta empat roda (Ford Quadricycle) sehinggalah berkembang dengan pelbagai paten termasuklah juga penghasilan Kapal Terbang semasa Perang Dunia Pertama.

# 2. Internet 
Pengasas internet bermula dengan jurutera dan saintis komputer iaitu Vinton Cerf, Lawrence Roberts, Robert Kahn dan Leonard Kleinrock. Masing-masing berkebolehan dalam pembangunan teknologi seperti TCP/IP dan ‘packet switching’ serta pelbagai istilah komputer yang kita guna sehingga ini.

(Sebenarnya pembangunan dunia internet sedang berkembang pesat. Bagi yang berminat mungkin boleh belajar pasal networking. Ambillah kursus dengan CISCO).

Kemudian, teknologi internet barulah betul-betul di komersialkan oleh aktivis, Al Gore. Beliau bertanggungjawab memperkenalkan akses internet besar-besaran kepada orang awan. Sebab itulah Al Gore lebih di sinonim dengan kewujudan internet.

# 1. X-Ray
Seperti kewujudan mentol lampu, Thomas Alva Edison juga di kenali dengan pembangunan X-Ray dan pelbagai jenis peranti lain yang mempengaruhi dunia seperti Gramofon (piring hitam) dan kamera filem.

Sebenarnya ahli fizik Jerman iaitu Wilhelm Röntgen yang telah mengesan dan menjumpai radiasi elektromagnet atau lebih di kenali dengan X-Ray pada tahun 1895.
 http://booblogs.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...