Khamis, 2 Oktober 2014

Rekod Dunia: Angkat Berat Wanita Dan Lelaki (2014)

Bayangkan jika ada orang yang mampu mengangkat kereta Perodua Axia dengan hanya menggunakan kedua-dua belah tangannya. Pasti anda KAGUM bukan? Untuk pengetahuan anda, berat tanpa muatan Perodua Axia ialah 850 KG, Perodua Myvi ialah 995 KG dan Proton Iriz ialah 1130 KG. Adakah benar manusia dapat mengangkat kereta seberat ini? Ok, mula-mula untuk lebih jelas, rekod dunia angkat berat selepas tahun 2000 bagi wanita dan lelaki ialah seperti dibawah:
Wanita: ZHOU LULU (China)
Rekod Dunia: 192 KG (Clean & Jerk)
Pertandingan: 2014 Asian Games (Incheon, South Korea)
Umur Ketika Pertandingan: 26 Tahun
 
 
 
 
 
Lelaki: HOSSEIN REZAZADEH (Iran)
Rekod Dunia: 263 KG (Clean & Jerk)
Pertandingan: 2004 Olympic Games (Athens, Greece)
Umur Ketika Pertandingan: 26 Tahun
 
Bagaimana? Mungkin keterlaluan untuk menggunakan berat kereta sebagai perumpamaan. Mungkin motor pun dah sesuai? Tapi anda yang belum tahu, Clean & Jerk ialah teknik angkatan yang mengangkat berat keatas bahu dahulu sebelum angkat ke atas sepenuhnya. Manakala categori Snatch pula ialah mengangkat berat terus ke atas sepenuhnya dalam satu angkatan. Cuba anda bagi cadangan apa yang beratnya lebih kurang 250 KG? 
 yellowcatch.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...